Friday, August 5, 2011

Allah, Kenapa Aku Dalam Neraka?

Allah, Kenapa Aku Dalam Neraka?

alt

Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?

Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.

(Tiba-tiba)

Tangannya terangkat dan berkata, "Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku."

Kakinya tiba-tiba bersuara,'aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.'

Mulutnya tiba-tiba menyanggah, 'ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber'chit chat' dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?

Telinga yang hanya mendengar dari tadi turut tidak melepaskan peluang.'Hey hey, nanti dulu. Kau jangan lupa, telinga kau ni, kau gunakan untuk apa? Ingat tidak pada suatu ketika dahulu, kau menggunakannya untuk mendengar lembut suara si dia yang bukan muhrim mu? Apa kau sudah lupa ketika nafsu kau sudah menewaskan akal dan Iman mu, kau asyik dalam kecintaan kau pada dia yang tidak halal bagimu? Apa kau ingat semua ini bukan dosa? Mana perginya tazkirah yang kau beri dahulu kepada teman-temanmu? Apa yang kau ingatkan mereka? Sudah lupa? Kau mengatakan La Takrabu Zina. Punya kau bersemangat memberi ceramah mengenai bahaya pujuk rayu Syaitan, tetapi mengapa kau yang tertewas dengan pujuk rayu si Durjana tu?

Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, "itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.

Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?

Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama - sama dengan kami," kata si iblis dan kaumnya.

Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astarfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akanSurah Yassin ayat 65 :

"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan."

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.

- Artikel iluvislam.com-

Tuesday, July 19, 2011

umrahku taubatku

....aku x sangka aku sudah menunaikan ibadah umrah yang pertama dalam hidupku 6 julai hingga 19 julai 2011..

cerita dia begini....

3 bulan lepas,masa aku sedang tidur,tiba2 terjaga dari tidur dan terus buka facebook..masa tu kat facebook ada iklan kan 8th umrah by FIMA,aku terus email kan kepada bro syukri sapuan dan prof Amal..pada mulanya prof Amal reject dan dia ingat aku zharif cucms..so,aku x kisahla.bukan rezeki aku kot..tiba2 2 hari lepas tu dia sms balik dan confirm balik..nama aku terpilih untuk serta program 8th umrah ni.

Terkejut gak,
Rasa diri x ready utk perubahan,x ready untuk jadi baik,rasa diri x cukup kuat lagi..lama gak aku berfikir.kenapa laa aku terpilih..aku just saja2 je isi nama.hampir dua minggu aku berfikir dan termenung berfikir..aku berbincang dengan parents gak..mak ayah suruh pergi je..rezeki..dan Allah dah jemput jadi tetamuNya..fikir punya fikir,doa punya doa.aku bertekad untuk terus pergi.aku jenis x suka give up.sekali aku dah decide aku kena teruskan...

aku pun bersetuju untuk menyertai program umrah..selepas itu,prof Amal kata aku kena jadi ketua rombongan pulak.Astagfirullah...terkejut gak.
wakil malaysia ada 8 org( 3 dari Malaysia dan 5 dari Student Egypt),at last cuma tinggal 3 orang je dari malaysia iaitu aku,Ammar dan Hafiz

Dengan berbekalkan satu hari kursus umrah dari pkl 2 hingga pkl 5 ptg pada 5 julai 2011 di atas Bank Islam seksyen 16 Bandar Baru Bangi (bukan seksyen 4 ye prof amal..hehe)yang di sampaikan oleh ustaz Alhamdullilah aku dapat memahami dan tangkap serba sedikit idea untuk membuat umrah esok hari.tapi..ustaz lupa nak ajar cara pakai ihram,kami pun lupa nak tanya..hehe
tula peribahasa org melayu.".malu bertanya x reti pakai ihram"

6th julai-pkl8.30 pagi ibu dan ayah ku bersama diriku bergerak ke KLIA,hati mmg x sabar. nak pergi tapi takut juga apa yang berlaku di mekah nnt..sbb aku byk sgt dosa,byk sgt kesalahan yang aku lakukan,byk sgt maksiat.tapi aku redha..jika Allah nak kasi cash di dunia skrg ni,aku terima sahaja.aku redha denganMU.flight kami pun berlepas lebih kurg pkl 4 ptg,lewat 30 minit dari penerbangan asal atas masalah teknikal

7 julai lbh kurg pkl 12 mlm saudi aku sampai di jeddah..tggu bas lama gak..Allah menguji kami sekumpulan dengan bag hilang..hampir 3 jam kami tersadai..ya Allah ko beri ujian kedua kepada hamba Mu ini utk bersabar dan berdoa..

7 julai pkl 6 pagi kami sampai hotel darul fairuz yg 10 minit jalan kaki ke masjid nabawi..
subuh pertama ku di masjid nabawi..
Ya Allah sebak nya hati ni,aku tidak dapat bayangkan betapa sedihnya..perasaan ini bila kali pertama jejak kaki ku di masjid nabawi..sedih..menitik air mata ku..ya Allah HambaMu yang hina yang jahil yang keji ini engkau jemput utk bertemu dengan kekasihMu..sedih sgt2..sedih yg x boleh explain langsung..
subuh pertama ku di masjid nabawi..selepas subuh kami kejar masuk ke Raudah(taman syurga)..ya Allah ramai nya manusia berebut utk masuk ke raudahMu utk solat berzikir dan baca Al-quran..ruang utk ku hanya sedikit..sebegini laa manusia yg berebut masuk ke syurga Mu..sedihnyaa aku di Malaysia makin menjauhi SyurgaMu..hina diri ini..sedih nya..
adakah aku layak utk syurgaMu ya Allah

8 julai aku bergerak ke mekah,utk berjumpa member FIMA aku yang lain..aku join irna yakin punya kumpulan utk ke mekah..kami mikat di bir ali.masa mula2 nak buat umrah kali pertama..rasa berdebar debar,rasa takut,rasa gemuruh,rasa diri itu hina,rasa diri x sedia..takut utk jadi tetamu allah..takut Allah x suka..ya Allah,Alhamdulilah..Allah maha penyayang dan pengasih...
sehina hina aku ini..Allah masih sudi jemput ke rumah suci nya..senajis aku ini Allah masih sudi utk menjemput ku..ya Allah maha suci Engkau,maha Besar Engkau..aku rasa diri ini kecil sungguh didepan Mu
masa bergerak ke Mekah..kami melafazkan"labai ka Allah huma Labai,labai kala syari kala kala bai,inal hamdah wal nikmata watawal mulk la sharikala.."" ya Allah sayu je dan sedih sungguh bila lafaz kan kalimah ni..rasa mcm nak jumpa alam perhitungan di padang mashyar..ya ALlah besarnya nikmatMu....
sedih sungguh..

masa sampai je di Masjidil haram..ya Allah,nangis dan sebak itu x terhingga..nampak kaabah lagi sedih..aku yang hina,yang jijik ini..telah dijemput utk jadi tetamu MU ya Allah..sedih nya...
dan....
-sambungan-

Tuesday, June 21, 2011

marah dan sabar

marah itu mudah dan sabar itu indah.....


Tuesday, June 14, 2011

Housemanship....



Housemanship(internship)

Masa mula-mula nak jadi HO,takut gak..
takut kena marah..
takut salah ubat
takut ditertawakan
takut diperkecilkan
takut x boleh nak bawa
takut salah sebut
takut untuk present case
takut untuk rawat patient
takut untuk amik darah
takut untuk hadapi alam baru
takut tiada masa
takut hilang dunia enjoy
takut kena extend
takut untuk oncall
takut dan terus takut...

tapi bila dah jadi Houseman
bulan pertama dan kedua je takut tu wujud
bila dapat hadapi semua perasaan takut tu...
baru rasa yang Housemanship ni ok jee..
bila dapat manage perasaan takut tu baru rasa HO ni seronok
bidang doctor ni seronok dan enjoy

tapi bila sudah jadi senior HO
perasaan seronok untuk jadi doctor,MO dan pakar tu membuak-buak
x sabar untuk manage sendiri
x sabar untuk present kat bos
x sabar tunggu betul ke diagnosis aku buat
x sabar nak tahu betul ke management aku buat ni
x sabar nak buat keje2 MO
perasaan seronok nak buat lebih dari HO punya skop tu tinggi...
x sabar nak jadi MO..hehe

tapi ingat...
lagi banyak patient kita tengok lagi banyak kita belajar
lagi banyak prosedur kita buat lagi banyak kita belajar
lagi banyak salah kita buat lagi banyak kita belajar
lagi banyak kita ditegur lagi banyak kita belajar...
lagi banyak kita present case lagi yakin kita dengan management kita...
senior tegur untuk mengajar kita bukan untuk mengkecil-kecilkan kita..
jangan fikir negatif sangat
tapi teguran tu kena cara profesional bukan dengan cara kampung(maki,herdik,gelak2)
hehe..

tq HPSF(Hospital Pakar Sultanah Fatimah)muar..kerana sudi mengajar dan memberi pengalaman kepada ku..
semoga ilmu yang diberi kepada ku akan ku guna untuk terus melangkah ke hadapan..
tq again

ujian

kenapa wujudnya ujian????

masa bayi
masa kecil kita di uji berjalan,bercakap dan mengenal benda di sekeliling..tanpa kita sedar..
mungkin masa tu susah utk lepasi ujian tersebut tapi kita masih x sedar...
tanpa kita sedar ALLAH membantu kita untuk lepasi ujian tersebut..
Dia bantu kita untuk berjalan,bercakap dan mengenali kedua ibu bapa kita..
tapi time tu kita tidak reti bersyukur lagi...
masih boleh di maafkan lagi..

masa kanak-kanak
masa kanak-kanak kita di uji lagi untuk belajar mengenal huruf,mengira dan membaca
time tu mmg susah nak igt huruf dan nombor sampai kena guna lagu untuk ingat huruf dan guna batang mancis untuk belajar mengira..
tanpa kita sedar ALLAH masih membantu kita untuk mengenal huruf
tapi time tu kita masih tidak ucapkan terima kasih pada ALLAH
tapi ALLAH masih membantu kita lagi
masih boleh di maafkan

masa zaman sekolah
kita masih lagi di uji dengan menjawab soalan exam,mula rasa sayang kat kawan-kawan lain jantina,mula belajar cara berkawan
ALLAH uji kita lagi..tapi dalam masa yang sama DIA bantu kita
kita masih x sedar lagi
belum mumaiz lagi..masih boleh di maafkan

masa zaman sekolah menengah..
kita di uji untuk mencapai cita-cita yang kita tanam masa kecil
masalah dengan pasangan,masalah dengan biasiswa,masalah exam
ALLAH uji kita dengan tahap kemampuan kita..
ALLAH tahu kita boleh buat..
dalam masa yang sama Allah bantu kita..
mungkin kita minta lain tapi Allah kasi lain..sebab Dia MAHA Mengetahui apa yang terbaik untuk kita
tapi kita masih lupa untuk ucapkan terima kasih kepadaNYA

Masa kerja
kita masih di uji lagi dengan masalah kewangan,naik pangkat,masalah bakal pasangan hidup
masalah tempat keje
Dalam masa sama Allah masih sudi untuk membantu kita..
Dia xnak hamba Dia merana,Dia xnak hambaNya lupakanNya...
tapi hambaNya mengeluh dengan semua ujian Nya
tidak bersyukur dengan Nikmatnya..
masih boleh dimaafkan ke????

tapi Allah Maha pengampun dan Maha pemurah
Allah tetap akan bantu hambaNya dalam kesusahan walaupun hambaNya tidak bersyukur
hurmm...
layak kah kita bergelar Hamba kepada Nya yang tidak reti untuk mengucapkan terima kasih kepadaNya..??
beratkah mulut untuk memuji dan bersyukur kepadaNYA????
susahkah untuk ikut arahanNya??
hurm...
terima kasih ALLAH

Friday, June 10, 2011

currently

currently active back with my blogspot and flickr...

Org muda yang banyak masa kosong nya..maka dia akan makin byk masa utk berbuat benda yang sia2....

isi kan masa kosong anda dengan benda-benda yang berfaedah...
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara...

luahan hati kecil ku....

aku sudah berubah?

usiaku semakin tua..
saban hari umur ku makin bertambah..
kawan2 ku semua sudah berkawin
aku masih lagi di takuk yang sama..
bila aku ingin berubah..
aku manusia biasa juga..
yang ingin menjadi seperti manusia biasa..
bila kedua ibu bapa ku ingin memberi restu kepada ku..
apa salah ku...
sehingga aku di hukum sebegini..

ya Allah..lagi lama..lagi banyak dosa dan maksiat yang aku lakukan
aku x sanggup ya Allah..
aku x tau sampai bila ia akan berakhir..
kenapa smua pilihan ku di reject..

apa yang mereka inginkan..
aku x salah kan mereka...
mungkin mereka ada pendirian mereka..
tapi kenapa ya Allah...

mungkin belum tiba masa nye..
atau jodoh aku dah tiada..
ya Allah...
aku x salah kan kedua ibu bapa ku..
mungkin ini ujian dan dugaan utk hambaMU..
aku perlu bersabar dan menguatkan iman ku..
utk lawan dugaan syaitan yg terlalu kuat..

“Tampakkan sifat-sifatmu nescaya Dia akan membantumu dengan sifat-sifat-Nya. Tampakkan kehinaanmu nescaya Dia membantu dengan Kemuliaan-Nya. Tampakkan kelemahanmu nescaya Dia membantu dengan Kekuasaan-Nya. Tampakkan ketidakberdayaanmu nescaya Dia membantu dengan Daya dan Kekuatan-Nya"

ya Allah.....
aku hanya hambaMU yang lemah
yang tahu meminta sahaja...


Thursday, June 9, 2011

Siapa aku di mata MU..

Ya Allah...
siapa aku di mataMU...
siapa diri ku yg hina ini..
siapa aku untuk mempersoalkan ujian MU ya Allah..
siapa aku pada MU

aku hanya hamba yang tahu meminta
aku hanya hamba Mu yg mudah lupa
aku hanya hamba Mu yg igt kan diri MU ketika susah sahaja
aku hanya hamba yg Ego dan x bersyukur
aku hanya hamba yang tidak pernah berhenti membuat maksiat
aku hanya hamba yg melanggari perintah MU

ya Allah...
siapa kah aku...
layak kah aku jadi Umat MU???
layak kah aku terima hidayat MU?
layak kah aku terima nikmat MU??
layak kah aku bergelar umat islam?

aku hanya layak terima azab mu
aku sedang tunggu azab MU

tapi Engkau tetap mengasihani diriku..
engkau beri aku peluang untuk kembali ke jalan MU
engkau beri aku petunjuk..
engkau bantu aku
engkau masih beri nikmat MU...
tapi aku...lupa semua pemberian MU...

ya Allah ampuni hamba MU ini..
terima kasih kerana sudi beri aku peluang kehidupan ini lagi
terima kasih kerana bantu dan tunjuk aku jalan yg betul
terima kasih atas nikmatMU..

-hamba yg Hina-

Tuesday, June 7, 2011

tanah suci makkah

hurm...
x sabar menghitung hari untuk pergi ke sana
x sabar hidup untuk beribadah
x sabar untuk meminta dari tuhan penciptaku
x sabar untuk menziarah makam Rasullulah
byk benda yg ingin aku pinta
x sabar berdoa untuk di ampunkan dosa
x sabar untuk menangis kerana MU
x sabar untuk menghayati tanah suci MU
x sabar untuk suci kan jiwa dan hati ku
x sabar untuk bertemu MU
x sabar untuk menghayati perasaan ketenangan yg di cari...

kesabaran itu satu penyiksaan..
hehe

kenapa sy suka surgeon???

hurmm
cool
enjoy
simple
relax
bergaya
seronok potong and jahit
rasa kesempurnaan lepas operation
rasa mcm dah berjaya rawat patient
rasa mcm berpengaruh
org x panggil doctor tapi panggil MR

byk sebab aku suka surgeon.....

kesilapan

setiap manusia akan membuat satu kesilapan yang amat besar dalam hidup dia..
bila kita sedar tentang kesilapan yang kita lakukan itu...
baru kita rasa nak menyesal...
baru rasa nak kembali ke zaman sebelumnya,,,,
baru ada perkataan kalau...
baru rasa kita sedang buat silap
baru sedar yg kita telah jauh daripadaNYA..

Kesilapan itu wujud untuk
mengajar kita
memberi peringatan kepada kita supaya x melakukan kesilapan yang lagi besar
membantu kita untuk terus melangkah ke hadapan..
mengingatkan kita...yang kita ni manusia yg sentiasa melakukan kesilapan
memberitahu kepada kita syaitan itu wujud,syurga dan neraka itu wujud

tapi..
kita sedarkah kita dalam kesilapan...
bila kita nak perbetulkan kesilapan itu...
lusa,esok or akan datang???
or tggu nyawa di tarik...

entahlaa....

Monday, June 6, 2011

blogspot

iAllah aku akan start balik menulis...seperti dahulu kala...
blog aku membosankan tapi itu luahan dari hati kecil ku
pengalaman yg aku ingin kongsi bersama

Ujian Allah

hurmm
Allah menguji hambanya dengan kemampuan hambanya..
Allah tahu hambanya mampu untuk hadapi dugaan tu
tapi hamba2 nya mudah putus asa..
mudah rasa berat dengan ujianNYA
Allah beri ujian utk
mengingatkan kita kepadaNYA
kembali kepadaNYA,,,
meminta pertolonganNYA
merayu padaNYA
mengingati kebesaran NYA
menjadikan kita tidak Alpa dengan dunia
mengingatkan kita mati itu benar,
mengingatkan kita yg sudah jauh dari diriNYA
Allah rindukan suara kita yg selalu meminta dahulu kala
membuktikan Allah masih sayang kat kita
membuktikan Allah masih beri kita peluang kita bertaubat sebelum malaikat berjumpa kita

tapi
kita mengeluh
kita marah Allah
kita tidak bersyukur
kita tidak ingat...
kita cuba ingkar lagi dengan nikmatNYA
kita putus asa untuk meminta dari NYA
kita tidak dengar amaran NYA
kita cabar Allah

ya Allah hinanya aku ini...
aku tidak menghargai ujianMU...
ujian MU merupakan rahmat dan petunjuk MU
ya Allah adakah hati aku sudah gelap??
ya Allah adakah tiada lagi cahaya ke imanan dalam diri Ku..
ya Allah adakah engkau masih meyayangi KU??
ya Allah bantu laaa hambamu yang terlalu lemah ini..
mudah di tipu oleh godaan syaitan
mudah di lalaikan oleh godaan syaitan...

ya Allah aku menjadi saksi bahawa engkau tuhan ku yang esa dan satu
aku menjadi saksi bahawa nabi Muhammad pesuruh MU

tapi layak kah aku yang terlalu banyak dosa...
yang aku sendiri tidak sanggup utk melihat semua dosa ku...
ya Allah...
engkau tempat aku meminta..
engkau jua tempat aku bercerita...

ya Allah sekiranya ujian yang engkau beri ini untuk menunjukkan kasih sayangMU kepada ku
aku bersyukur ya Allah...
kerana engkau masih menyayangiku
Terima kasih Allah...

Saturday, April 16, 2011

5th posting

sekejap je aku dah 5th posting....
Ya Allah terima kasih kerana bagi nikmat kepada hambamu ini untuk terus melangkah dalam bidang perubatan utk membantu umatmu dan agamamu
Ya Allah aku rasa aku punya sumbangan kepada agamaMu tidak sebanyak mana nikmat yang engkau beri kan kepadaku
Ya Allah masa mula2 aku 1st posting aku rasa doctor ni susah,takut,xnak keje,nak give up,x best..tapi skrg.Alhamdulilah..aku rasa seronok dan happy dengan kerja aku..
aku happy tengok patient aku sihat
aku happy bila tengok rawatan aku berjaya
aku happy bila tengok diagnosis aku betul
aku happy bila tgk patient aku happy
aku happy bila patient aku kata aku tq doctor

ya Allah aku x sangka setinggi ini nikmat yang engkau beri tapi apa yang aku balas balik
aku tidak pernah terfikir nak jadi seorg doctor...
aku tidak pernah fikir benda ni...
tq Allah

dilema

dalam dilema..paeds or surgeon??
paed best and surgeon best gakk
apa yang aku cari yea..ada idea ke???

kembali menulis

aku dah lama tidak menulis blog.banyak benda aku nak share bersama
tapi aku tidakk kesempatan
blog tempat aku meluahkan perasaaan aku
perasaan sedih..marah,kecewa dengan diri sendiri..
aku rindu menulis blog...
aku rindu Flickr
aku rindu ambil gambar....
adakah aku sibuk dengan kerja menyebabkan aku lupakan semua ini

aku tau tapi aku x tau

Ya Allah
aku x tau betapa byk dosa yang aku dah buat
aku x tau apa azab yang akan aku terima
aku x tau bila aku hendak berhenti dari buat dosa2 besar ni ya Allah
aku x tau di mana penyudahnye
aku x tau apa yang aku ingin dalam hidup ini
aku x tau aku layak di gelar hamba mu
aku x tau apa yang aku buat skrg ini

aku tau tapi aku still melakukan
aku tau aku umat mu tapi aku melupakan mu
aku tau aku mengingkari nikmatMu tapi aku tetap terus mengingkarinye
aku tau azabMu tapi aku x cuba utk elak kan diri dari azab Mu
aku tau ajaran Mu tapi aku tidak mengamalkan
aku tau syurga dan neraka tapi aku tidak cuba mendekati diri ku ke syurga mu
aku tau siapa aku tapi aku tidak cuba mengenali diriku

ya Allah bila semua ini akan berakhir
adakah aku berakhir dengan agamaMu or bukan?
Ya Allah bantu laa hamba mu yang terlalu HINA ini