Friday, October 31, 2008

si kerak nasi..


Hati perempuan sekeras kerak nasi...
betul ke???
mungkin betul...
susah gak nak buang kerak nasi tu terus kalau dah melekat kat periuk tu
tapi x bermakna kerak nasi tu x boleh di buang kan??
boleh je kan...
so kena ada usahalaa sikit untuk membuang kerak nasi tu..
..lama2 dia akan lembut juga kalau kita rendam dengan air..
just kena tunggu lama laa...
lagi hitam kerak nasi tu
lagi keras kerak nasi tu..
lagi susah nak di tanggalkan..
lagi lama laa kita kena tunggu untuk buang...
.....
tapi berapa lama kita sanggup tunggu kerak nasi tu lembut???
tunggu sampai dia betul lembut2 ke?
seminggu,sebulan,setahun,or selama-lamanye
hurmm
tapi kalau kita betul2 nak kerak nasi tu lembut..
kita kena sabar menunggu
jgn cepat give up utk menunggu kerak nasi tu lembut..
iAllah satu hari nnt kerak nasi tu akan lembut juga..
sabar menunggu dia lembut..
jgn cepat x sabar...
jgn terlalu gopoh untuk membuang kerak nasi tu
takut kerak nasi tu mencacatkan periuk nasi tersebut
kalau kita terlalu gopoh utk buang kerak nasi tu..
nak ke..periuk nasi kita ada kesan calar2???
walaupun kerak nasi tu x kan menjadi selembut nasi yg asal
tp sekurang-kurangnya dia lembut..
lembut utk kita buang dari periuk nasi tu...

hehe


P/s=
utk kerak nasi yang berkenaan sila faham2 ye..
pencuci periuk ni masih sabar menunggu kerak nasi tu lembut...

Thursday, October 23, 2008

RMT Cardiology

RMT Cardiology

RMT Cardiology department will launch soon.....
wait for it....

i will anounce it later......
many info,many activity....
we will see it....
come join us

Wednesday, October 15, 2008

Untukmu




Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku.

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...



si sibuk

adakah aku sudah balas jasa ibu aku???
adakah ibu meminta balasan dari apa yang ibu lakukan??
apa yang ibu ingin dari kita???
ibu hanya harap anak dia berjaya dan bahagia sahaja..

tetapi si anakk...
hurmm

ibu selalu berada di sisi kita bila kita sakit...
tapi kita tidak pernah berada di sisi Ibu bila ibu sakit..

Ibu tidak pernah mengeluh untuk membesarkan kita.....
tapi kita selalu jee mengeluh utk membantu Ibu...

ibu tidak pernah lupa tentang kita walaupun sesaat
tapi kita tidak pernah mengingat kan ibu walaupun sesaat.

Ibu selalu berada di sisi kita bila kita susah hati...
tapi kita tidak pernah berada di sisi ibu ketika ibu susah hati....

Ibu tidak pernah kata busy atau sibuk untuk membesarkan kita
tapi kita selalu kata busy laa..sibuk laaa untuk ibu..

Ibu selalu menjaga perasaan kita..xnak kita sedih..xnak kita susah hati..
tapi kita ni tidak pernah jaga perasaan dia..selalu buat dia sedih...

Ibu selalu risau pasal kita..risau kita dah makan ke belum..sihat ke x...
tapi kita tidak pernah fikir pasal Ibu..tidak pernah pk ibu dah makan ke belum.. or ibu sihat ke x....

hurmmm

bila dah belajar jauh2..
kita makin jauh dari ibu...
kita jarang sms ibu...call lagi jarang..
kita selalu cakap sibuk kat ibu...
kita selalu beri alasan utk elakan diri dari ibu...

bila dah keje...
kita makin sibuk...ibu kita lupakan...
kita selalu cakap..abg sibuk ni...akak sibuk ni....
tapi ibu akan jawab..ibu minta maaf nak..ibu x tau...
berapa banyak kita bagi kepada ibu sebulan???cukupkah??

bila dah kawin...
kita makin lupakan ibu..gaji 1st kita kasi ibu ke??or kasi isteri kita??
ibu dah merasa ke gaji kita??apa yang kita dah beri kepada ibu???
air mata?duit?kasih sayang or derhaka??

hurmm...bagus sgt kah kita???
sibuk sgt kah kita??siapa lagi penting dari ibu dan ayah???
dah cukupkah jasa ibu kita balas???

ibu boleh jaga kita 23 tahun,21 tahun,22 tahun,
berapa lama kita boleh jaga ibu???bolehkah kita jaga dia 23 tahun juga mcmana dia jaga kita,setahun pun kita belum jamin lagi dapat jaga ibu..silap2 kita tidak dapat jaga ibu kita langsung.....

dahlaaaa....wahai anak yang terlalu sibuk...
x yah ckp pasal ibu kalau x tau kenal ibu sendiri..

jgn sampai nnt kita x sempat nak tgk ibu kita lagi
jgn sampai nnt ibu x sempat nak panggil nama kita
jgn sampai nnt ibu x sempat nak usapkan kepala kita
time tu laa baru nak panggil ibu..time tu laa baru nak igt jasa ibu..
time tu laa baru nak menangis
x pyh laaa ye...
x pyh minta maaf la or menangis mcm kita ni seorang anak yang baik
sudah laa ye..



hayatilaa short film ni...jadilaa seperti mereka ye..contoh yang terbaik

lock

who will lock ur heart???

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita
berjumpa
dengan orang yang salah sebelum
menemui insan
yang betul supaya apabila kita
akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu
bagaimana untuk
bersyukur dengan nikmat pemberian dan
hikmah
di sebalik pemberian tersebut. Apabila
salah satu
pintu kebahagiaan tertutup, yang lain
akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang
pintu yang
telah tertutup itu terlalu lama
hinggakan kita tidak
nampak pintu yang telahpun dibukakan
untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang
yang
anda boleh duduk di dalam buaian dan
berbuai
bersama tanpa berkata apa-apa pun dan
kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa
itulah
perbualan yang paling hebat yang pernah
dialami.Memang benar yang kita tidak
akan tahu
apa yang telah kita punyai sehinggalah
kita
kehilangannya dan juga benar bahawa
kita tidak
tahu apa yang kita rindukan
sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda
bukanlah
satu kepastian yang mereka akan
menyintai anda
kembali!

"to love is to place ur happiness to the happiness of ur life"


Thursday, October 9, 2008

x yah tulis laaa


jangan tulis laaa.......org kata jangan tulis..jangan tulis laa...degil betul...

jgn tulis kalau x tau nak menulis
jgn tulis kalau x tau nak mengarang
jgn tulis kalau x patut di tulis
jgn tulis kalau x yakin dengan apa yang di tulis
jgn tulis kalau x pasti
jgn tulis kalau x berani nak tulis
jgn tulis kalau takut di kutuk
jgn tulis kalau diri x layak nak menulis
jgn tulis kalau hanya tahu mengkritik apa yang org lain tulis
jgn tulis kalau takut nak hadapi risiko
jgn tulis kalau xde idea nak tulis
jgn tulis kalau malu nak tulis
jgn tulis kalau xde bakat nak tulis

tulislaa apa yang kita suka..pedulikan apa org lain nak kata...tulisan kita
,milik kita,hak kita.

"freedom to write what we want.."

Sunday, October 5, 2008

siapalah si dia tu????




jodoh....
sapa tahu pasal jodoh??
xde sapa pun tahu pasal jodoh??
hanya DIA yang tahu pasal jodoh
tukang tilik??dia hanya menilik tapi x semestinya betul jodoh yang dia beritauu
sbb bila kita dah tgk masa depan or dah tilik...kita akan berfikiran yang dia ni jodoh kita
dari segi psychology nyee..
betul x??

jodoh...
kalau semuaorg tahu pasal jodohh...
best jugaa...
x perlu laa susah nak cari siapa jodoh kita
x perlu laa nak berkapel
x perlu nak berfikir panjang pasal hubungan,just concentrate kat benda lain
x perlu nak risau sgt..yang kita ni akan jadi bujang or xde org minat
x perlu laa nak hantar surat or sms or call org lain..hehe just concentrate kat jodoh kita
x perlu laa nak plan pakai baju raya sama ngan org lain padahal kita tahu sapa jodoh kita
x perlu laa nak date ngan org lainn
x perlu laa nak menangis sbb putus cinta or kecewa sbb kena dump
x perlu laa nak pk pasal org lain nya jodoh
x perlu laa nak usha org lainn
x perlu nak abiskan duit kat org lain..so boleh save duit sikit...
x perlu nak rasa kurang yakin dan x confident..sbb kita dah tahu sapa jodoh kita...



kat mana laa si dia tu ye???kat egypt ke??
dah sampai egypt..tp x jumpa juga..hehe


tapi kalau kita tahu siapa jodoh kita
x best juga
sebab kita x rasa thrill dan dugaan mencari siapa jodoh kita
sebab kita xde apa sgt nak citer kat cucu cicit kita pasal zaman2 bercinta dulu
sebab kita x leh rasa pengalaman bercinta dengan org lain,hehe
sebab kita x leh nak rasa manis nye kena dumb,putus cinta or kena reject depan mata
sebab kita akan rasa idup kita penuh dengan manis2 kehidupan..
sebab xlaa hidup ini kosong sahaja..asyik2 pasal belajar laa pasal kerja laa pasal duit laa..tapi bila di tambah dengan hubungan punya masalah dia jadi lagi lengkap..hehe
sebab nak juga tahu perangai2 orang yang lain
sebab kalau dah tahu,kalau laa pasangan kita tu xde langsung dalam ciri2 yang kita nak..kita akan rasa nyesal,sedih,xde semangat nak hidup..walaupun kita terpaksa menerima dia seadanye pada hari kemudian
sebab bila kita tahu jodoh kita x panjang,or kita tahu jodoh kita tu x idup lama,or kita tahu mmg kita xde jodoh..sedih juga
sebab xde laa chance nak bergambar berdua ngan org lain..hehee
sebab xde laa chance utk berkenalan ngan org lain dengan ramai lagii
so kalau dah tahu...xde laa status dalam friendster or facebook single and available
sebab nnt kalau jumpa kawan2 x leh declare diri tu single..
so x wujud perkataan single dalam kamus
so xdelaa filem cinta seblum kawin..semua kisah cinta rumah tangga
so xde laa filem "i m not single" or filem "sepi" or filem "cinta "
hehe

so Terima Kasih Allah kerana merahsiakan siapa jodoh kita..sebab dengan merahsiakan jodoh itulah kita akan rasa manisnye hidup ini..sebab kita masih tanda tanya..siapalaa jodoh kita ni..si dia ke??or org lain??hehe

kalau ada jodoh,
pasti dia datang,
tidak hari ini esok

tidak esok lusa
tidak lusa minggu depan...
tapi jangan risau
kalau ada jodoh
pasti dia akan datang
tunggulaa dan carilaa dengan sabar,
jangan risau..
Allah tahu apa yang DIA buat..

DIA kasi yang terbaik utk hambaNYE..

Thursday, October 2, 2008

Symbiosis



"nobody perfect without others"

we cant survive without others
we cant live without others
we cant talk without others
we cant work without others
we cant study without others

we need each others
so who the other that we really need???
choose the correct others
dont make mistake to choose the others..
life is about symbiosis


-Mr Identity-


Wednesday, October 1, 2008

last raya...


selamat hari raya semua...
russia raya 30.9.2008..awal sehari dari msia..
maksud ni merupakan tahun ke-6 aku raya kat moscow..
pada tahun ini juga merupakan tahun terakhir aku raya kat sini..
agak seronok gak raya tahun ni...
sbb kami satu batch dari RSMU berpakat utk memakai seragam baju melayu,warna yg dipilih ialah warna merah...dan batch 6th year dari MMA warna kuning..
smart gaklaa bila jumpa kat embassy..
kitaorg(RSMU dan MMA) semua mengadakan sessi ambil gambar di kawasan2 yang menarik di moscow..antara tempat yg kami pilih utk bergambar ialah Red Square,Park Pobedi dan MGU..
hehe

mcm2 telatah dan gaya dapat aku lihat pada sessi ambil gambar aritu...
tapi dalam sessi ambil gambar aritu,ada benda yang x best berlaku..ketika kami sedang ambil gambar di Red Square,ramai org2 tgk dan nak amik gambar..agak rimas laa..mula2 rasa mcm artis laa..tp bila lama2 rasa mcm Annoying betul laa
x seronok betul laa..bila kita amik gambar org tgk..mcm ada concert..ramai gilaa laa time tu..
diaorg igt kita nak wat pertunjukkan ko..
sampai terpaksa halau mereka dari tgk kitaorg...
nak gerak ke sana dan ke sini susah..spoil mood betul aritu..tp xpe..dua tempat yang lain tu dapat mengubat hati kitaorg..
eheh
kitaorg agak puas gak bergambar...
satu DSLR tu snap lebih kurang 400 keping gambar..ada lebih kurang 4 DSLR aritu...(canon 400d,canon350D,nikon d70s dan sony alpha 100...
tq semua photographer...

p/s:aizat,farhan dan mubin..aku x sabar nak tgk gambar raya ni..cepat2 laa siapp..
ehheehe...terutama farhan merangkap photographer yang aku import dan sentiasa ikut aku kemana sahaja...tq semua..
aku enjoy gak laa aritu