Saturday, May 10, 2008

angan-angan,impian dan cita-cita

Impian,angan-angan,cita-cita dan kenyataan

keempat-empat benda ini semua manusia memiliki,biar laa org kata dia xde angan2.
  • lagi baik kita berangan daripada kita x berangan
  • lagi baik kita mengimpikan daripada kita tiada impian,
  • lagi baik kita bercita-cita daripada kita tiada cita-cita
dengan angan-angan jadilah impian,dan dengan impian laa jadi nya cita-cita
dan dengan cita-cita jadi nye kenyataan
dan dengan kenyataan kita jadi org yang terbaik untuk diri kita sendiri..
tapi jangan angan-angan mat jenin je..try capai kan angan-angan tu...
biarlaa angan-angan dan impian tinggi melangit,
supaya kita tahu di mana langit kita akan capai,
lagi tinggi langit impian kita lagi hebat usaha dan pendirian kita untuk mencapai
tapi jangan lupa tanah di bawah..sebab kita datang dari tanah..dan akan kembali ke tanah semula juga...

ringkasan angan-angan impian dan cita-cita hidupku ....

sebelum aku memasuki bidang perubatan ini,aku berangan untuk menolong semua org malaysia,aku berangan untuk sedarkan masyarakat msia,aku berangan untuk bantu bangsaku dan agama ku,aku berangan untuk buka medical centre yg berkonsep kemasyarakatan,dan banyak sungguh angan-anganku akhirnye aku di tawarkan sambung belajar ke russia.kini angan-angan ku menjadi impian ku....

selepas aku menjejak kaki ku di bumi moscow ni,aku tanam niat dan impian ku,aku mengimpikan untuk tubuhkan Russian Medical center,aku mengimpikan untuk cuba bawa balik ilmu russia ke malaysia,aku rasa russia ni hebat dalam ilmu perubatan,aku mengimpikan untuk jadikan masyarakat malaysia mcm masyarakat russia iaitu mesra medic,dan banyak impian-impian lain ku untuk bangsa agama dan negaraku,,tapi aku buntu dan x tau mcmana nak start dan macamana aku nak mula kan titik2 impianku menjadi cita-cita ini.

kemudian pada tahun ke-3 aku,aku bergiat cergas dengan PPIM,..aku masih buntu lagi,mcmana aku nak merealisasikan impianku jadi cita-citaku,siapakah yang aku ingin minta pertolongan ini??

pada tanggal 26.4.2008 aku berjaya jadikan impianku sebagai cita-citaku.sekarang aku dan nampak jelas lagi bersuluh....insyaAllah cita-citaku mungkin jadi kenyataan...
...kini adalah masa nya untuk aku merealisasikan cita-cita ku menjadi kenyataan..

hidup ini kita mesti mempunyai cita-cita yang banyak supaya hidup kita ini rasa sempurna dan kita rasa tidak sia-sia dengan kehidupan ini.

aku tidak mahu jadi selfish
aku tidak mahu berjaya sorang-sorang
aku tidak mahu melihat bangsa dan agama aku di tindas
aku tidak mahu melihat org memperlekehkan diriku
aku tidak mahu menjadi orang yang sia-sia dalam hidup ini
aku tidak mahu tinggalkan russia ini tanpa memberi manfaat kepada negara,agama dan bangsaku
aku tidak mahu jadi orang cepat mengaku kalah
aku tidak mahu orang pandang medic russia ni second class doctor
aku tidak mahu bangsa aku ketinggalan
aku tidak mahu rasa kerugian dan menyesal di hantar kerusia
aku tidak mahu menjadi seorang yang pasif dalam kehidupan ini
aku tidak mahu menjadi seorang yang tiada angan-angan,impian dan cita-cita

walaubagaimanapun keadaan aku adalah aku......yang tidak akan cepat putus asa untuk capai cita-cita ku..
terima kasih kepada Allah kerana beri aku tubuh yang kuat ini untuk membantu agama nya.
terima kasih kepada ibu dan ayah ku yang melahirkan aku
terima kasih kepada kawan-kawan yang berada di sekelilingku,yg kuat menyokong aku...
terima kasih semua....


Thursday, April 10, 2008

keranamu

assalamualaikum..dah lama betul x menulis ni...wah lately ni byk sgt politik yang aku involve
..PRU 12 malaysia,election ppim-rsc(moscow),kumosc election dan rmsa election....
time ni laa kita baru nampak betapa kotor nye politik ni..
tapi pada hakikatnye...
politik tu bersih tapi org yang berpolitik itu sungguh kotor...

keranamu politik...

1.kawan jadi musuh
2.nampak topeng2 manusia yang suka berpura-pura
3.kroni2 diutamakan dan orang2 lain di tindas
4.sahabat kutuk mengutuk dan bermasam muka
5.agama dan bangsa di permainkan
6.fitnah dan umpat mengumpat berleluasa
7.yang halal di haramkan dan yang haram dihalalkan
8.time tu baru dapat lihat siapa sebenar nye kawan dan siapa sebenarnya lawan
9.time tu gakk....mcm2 citer kuar..org baik pun boleh citer buruk org lain..ish2..nampak sgt...walaupun muka suci tapi hati x suci...hehe
10.time tu laaa mcm2 rule di keluarkan just utk naik kan kroni2 diaorg
11.time2 tu laaa...kita dapat tgk sapa yang boleh memimpin dan sapa yang boleh dipimpin...
12 time2 tu laa kita dapat tgk..byk sgt janji2 manis.... yang cuba di taburkan..tapi bila dah abis politik jee..janji2 tu di lupakan
13.org bermasam muka..x nak bertegur sapa...
14.ramai yang kipas belakang,ramai yang sapu bontot dan ramai yang sayy yess boss
15.tgk kematangan manusia dan rasionalnye manusia ni di nilaikan
16.kita dapat lihat org ni di sukai or org ni di benci oleh org ramai
17.org kata rasuah berleluasa bukan hanya politik wang,tapi mcm2 rasuah ada skrg ni...minda kita pun boleh di rasuah..hehe
18.org rasa takut nak join politik,takut nak beri suara,dan takut nak tulis blogspot.com
19.orang dapat menilai dengan akal fikiran,siapa baik dan siapa buruk..
20.orang yang pendiam menjadi orang yang sungguh2 peramah dengan orang lain...hehe jumpa semua org jee tersenyum mcm kerang busuk....tgk dinding pun boleh senyum....

hehe keranamu laa politik....Malaysia,PPIM,KUMOSC and RMSA dapat pemimpin pilihan rakyat....
tq politik kerana byk menyumbang jasa kepada semua org......
soo apalagi..bersihkanlah politik tu...jgn biar dia kotor selama-lama nye....
sekian terima kasih...

best gak video ni...

Monday, March 24, 2008

kenangan IMAM RSC(moscow) 2006-2008



hehe....assalamualaikum....
berakhir sudah..IMAM-RSC(moscow) ku
segala kenangan suka duka..pahit manis,gelak tawa,gaduh2 dalam mesyuarat,sindir menyindir dalam mesyuarat..
segala penat lelah untuk naik kan persatuan ni..
hehe..rasa sedih gak laa..rasa mcm dah nak tinggal kan RSMU..
padahal next year je abis..
rasa semua kenangan tu masih baru lagi...kenangan summercamp
kenangan sunathon..rasa masih fresh kat minda ni....
wah susah payah program tu terasa lagi....
igt lagi...hehe masa mula2 persatuan ni nak ditubuhkan org pandang sebelah mata jee
masa persatuan ni nak wujud..org kata persatuan ni persatuan agama islam
masa persatuan ni ada..org kata x lamaa nyee..sbb dia x havoc mcm persatuan UMNO..
yelaa makanan pun x hebat seperti persatuan UMNO...
yelah kita x kuat mcm persatuan UMNO...
susah masa nak naik..org x nak dtg laa..pulau kan laa....


SUMMER CAMP 2006

hehe igt lagi masa nak buat summercampp..semuaorg x yakin ngan kita..nak minta tolong ngan org bukan senang..nak ajak org dtg bukan senang..nak wat org msia percaya kita leh handle bukan senang...
tapi bila dah berjaya..baru org tgkk persatuan ni...dan time tu juga laa persatuan IMAM RSC ditubuhkan...
tq pok nik and abg bob..kerana sudi bantu kitaorg utk summercamp tu....
time tu rasa cam semu ni adik beradik jee..time tu laa kita dapat satu kan semua IMAM dalam russia dan ukraine....



sunathon 2007

link blog spot dia.....


lepas tu...next year nye..aku sambut cabaran dr.latif nak wat sunathon msia..anually sunathon..aku nak handle..pada mula nye pengerusi aku sendiri x percaya yg kita leh handle benda tu..aku yakin kan dia..yakin dan yakinkan lagi..aku minta dia percaya kat aku..bukan senang nak buat time tuu..nak kumpulkan org utk join and nak kumpulkan org utk tolong aku wat sunathon tuu...susah.....hampir2 give up..sampai nak wat persatuan sendiri utk wat sunathon tu je...hehe
tapi at last...pengerusi setuju gak utk wat sunathon 2007 anjuran ppimrsc (moscow)...dengan kerjasamaIKHLAS..aku mmg nak wat sunathon tu yang terhebat dan terbaik antara semua sunathon yg pernah di anjur kan oleh ppim lain..at last dgn bantuan IKHLAS..aku berjaya wat yang sunathon yg terbaik antara semua sunathon sampai semua org suruh kita buat kali ke-2..siap request2..hospital muar request aku wat sunathon kat muar..tp aku kata nnt dulu..aku nak bantu IMAM-RSC ni..wahh rindu nyee....tq IKHLAS kerana sudi bantu kitaorg.....



dan x lupa juga aku igt ucapkan tq kepada semua kawan2 ku yg setia dan juga merupakan org kuat dalam kedua-dua program ni... bantu aku utk menjayakan kedua-dua program ni..
di antara nye ialah
  1. khairil idham ismail (pengerusi IMAM-RSC)
  2. mazni baharom yang selalu jadi setiausaha program
  3. alina hasni yang selalu beri idea2 yang bernas dan creative
  4. dini tumaisuri yang selalu menyokong dan membantu
  5. layla tumaisuri adik kepada dini tumaisuri yang kerap membantu dan memberi idea utk kedua-dua program ni
  6. ilinatasha binti jamil a.k.a tasha
  7. mohd afiq bin mohd nor A.k.a awe
  8. ainul
  9. nabil azmi
  10. lupa lakk.. cik amnah yusof dari kulai johor..
  11. ammar pun x di lupa kan a.k.a bayu
  12. kak sarah pun x di lupa kan gakk

dan kawan2 aku yang lain gakkkkk seperti
ziana
kak fir
izni
aiman abu samah
sikin ahmad
didi
cik din
bedah dari m1 pun x dilupakan..hehe
dan ajk2 yang lain....terima kasih kerana sudi membantu aku dalam menjayakan program2 ni dengan sejaya-jaya nye..

terima kasih kepada tuhan yang menciptakan diri ku ini..tanpa keredha dan bantuan dari DIA YANG MAHA KUASA...aku tidak akan dapat menjayakan kesemua
program aku dengan jaya..


AGM 2008

hehe pada 23.3.2008 itu merupakan tarik keramat...hehe time tu kitaorg meletak kan jawatan secara rasmi nye..hehe..tapi yg x best nye masa kita nak wat agm tu..masa estimate berapa org dtg tu..ada je mulut berbunyi..ni PPIM kot..makanan x grand mcm AGM UMNO..tapi tgkkkkk.. at last..lebih ramai dari UMNO punya makan2...jgn di sangka...aku pantang di cabar...(petikan dari salah sorg pemimpin..nama di rahsiakan)
sambutan agak mengalak kannn sgt masa AGM tersebut...sampai semua exco tidak dibenarkan makan sbb nak kasi org lain makan...hehe
makanan best..tq kepada tukang masak dia..nadiah..hehe
and sbb ada kuiz gak..org dtg..hehe..tp x sangka laa....seramai tu..so kesimpulan dia...jgn UNDERESTIMATE PPIM k.. saya pantang dicabar!!!!!!
hehehehe
masa aku umumkan nama2 exco baru tu(sebab aku ketua SPR time tu)
..rasa sebak nak tinggalkan semua kenangan tersebut...
aku doakn utk new exco PPIM ni dapat buat lagi baik dan hebat dari kitaorg..
GUD LUCK exco baru....




end of IMAM-RSC(moscow) 2006-2008
aku rasa semua ajk IMAM-RSC(moscow)2006-2008 seperti adik beradik aku yg aku x dpt lupakan..sbb kat situ aku dapat kenal smua perangai manusia dengan lebih jelas..kalau kat skolah dulu x nampak sgt perangaii dalam persatuan..tp bila kat uni ni baru aku kenal perangai sorg2..
hehe..aku igt lagi...hehe ada org kata aku ni gila kuasa..sebab mcm

mengalahkan pengerusi persatuan lak..padahal aku cuma exco academic je..hahhaa
xtau laa..sbb aku rasa seronok sgt dengan ppim ni..sampai aku lupa diri aku ni hanya exco academic je..hehe
aku x kisah apa org nak kata..aku nak PPIM ni bangun dan org pandang..
aku nak bukti kan bahawa..Islam ni kat mana2 boleh membangun...
aku nak bukti kan jangan pandang rendah pada kehebatan islam....

tq IMAM-RSC(moscow) 2006-2008 kerana mengajar dan meninggalkan aku byk kenangan yang tidak dapat aku perolehi di mana-mana aku berada.....
aku rasa seperti kehilangan ahli keluarga..hehe..xpe22..setiap yg ada akan hilang..dunia ni hanya pinjaman semata-mata..hehe camne suka pun..aku kena terima.....hehee


"benda yang paling mahal dalam dunia ni ialah kenangan....kerana dia tidak dapat dibeli oleh semuaorg..."


tq sekali lagii....

wasalam....

Saturday, March 15, 2008

PRU 2-IMAM russian (moscow)

masih belum terlambat untuk hantar calon


assalamualaikum..(pembetulan dan pemberitahuan semula)arini merupakan ari terakhir untuk pencalonan bakal exco2 majlis tertinggi ppim 2008-2010.masih belum terlambat lagi untuk mengambil borang dari zharif (zharif_6023) dan mazni baharom (loyallotus2000).masih belum terlambat lagi..masa tamat menghantar borang adalah pukul 12 malam 15.3.2008..iaitu arini..marilah sama-sama kita menghantar calon-calon kita untuk bertanding dalam PRU-2 IMAM-RSC(moscow)..ayuh jangan buang masa lagi..ambil dan hantar borang sebelum terlambat...wasalam

p/s:diri ini tengah sibuk untuk pilihan raya imam-russian.. dan exam ent...x sempat nak update blog..rindu gila nak tulis blog niiii



Tuesday, February 26, 2008

korg rasa geli ke??nikmat yang x perasan

assalamualaikum

wahh dah lama gak aku x tulis blog ni..maklum laa skrg ni kan musim pilihan raya..so org byk concentrate ngan pilihan raya
aku pulak sibuk dengan hospital,patient case dan preparation untuk AGM IMAM-moscow student chapter 2008..yang bakal berlangsung 23.3.2008..
wah menghitung hari AGM ni sebenar nye..hehe tengah preparation..
sapa laa bakal mewarisi takhta IMAM kali ni..hehe..

ooo tapi topic blog kali ni...
bukan laa pasal AGM IMAM ni..tapiii pasal benda lainn...
aku rasa cam topic ni...bosan or korg maybe rasa geli...
korg pernah terfikir takk..
antara nikmat yang ko rasa mcm x penting,
rasa mcm geli dan rasa mcm jijikkk

nikmat tu ialah nikmat ketika kencing dan nikmat ketika nak berak....
.wahh mesti geli mat kan and jijik kan bila cerita pasal benda ni..
tapi aku as InsyaAllah doctor islam...
aku rasa nikmat ni nikmat paling penting...

cuba korg bayang kan....

bila pundi kencing ko ni penuh dengan air kencing dan tidak tahan untuk mengeluar kan air2 yang berada dalam pundi kencing tu..
korang tanpa memikirkan benda lain lagi..
.kalau ada kebakaran ke..ada mesyuarat agung ke..
ada penamaan calon ke,ada pilihan raya ke,ada time kempen ke..
korang akan wat gaya2 sopan korg tu untuk menahan kencing..dengan gaya tersipu-sipu,
peha rapat korg tu..yang paling sopan sekali tuu
tapi sampai bila korg boleh bertahan...cakap???

.wahh korg boleh ke tepi kan semua benda ni..semua benda ni..semata-mata untuk berlari-lari ke tandas dan mengeluarkan air yang penuh dalam pundi kencing korang tu...
.wahh time tu korg baru rasa nikmat nye kencing..semua masalah kat dunia ni rasa hilang sekejap,ko boleh rasa high time tu,rasa dunia ni kita yang punya..
rasa tiada beban yang harus kita pikul lagi..
wahh nikmat nye kencing..

sama juga nikmat nye berakk..sama jee..time ko berak..time tu laa korang akan rasa tenang sekejap..dan rasa semua masalah dan beban dah diselesaikan....
semua manusia dalam dunia ni sama..tidak akan terlepas dengan nikmat ni..tidak boleh menafikan nikmat kencing dan berak ni....betapa indah nye nikmat kencing dan berak ni

tapi..................
berapa org bersyukur dengan nikmat yang ALLAH kasi ni..
berapa org yang beringat dengan nikmat ni
berapa orang yang mengucapkan syukur kepada Allah selepas nikmat2 ni..malahan mereka mengucapkan "ahhhh lega rasanyee "
kurang antara kita yang mengucapkan Alhamdullilah..
sekarang kita dapat saksi kan ..betapa maha hebat nye Allah,betapa maha bijaksana nye Allah..betapa maha pemurah nye Allah..sekecil-kecil nikmat yang jarang di antara kita bersyukur dan berfikir....

termasuk saya sendiri..hamba yang sentiasa lupa dengan duniawi ni...
terima kasih Allah kerana memberi aku kudrat untuk menulis blog ini..



Monday, February 11, 2008

Game yang tidak dapat diramalkan

akum..tq laa mozac sbb sudi menunggu new post aku.
.sbnarnya xde apa yg special sgt dlm blog ni..biasa jee..ahahah

korg tahu x??
..hidup kita ni mcm satu game.
kita laa player dalam game tu.
.korg mesti pernah main game-video game ke..dam haji ke,dam ular ke..apa2 game laaa.
.korg mesti tau kan..
dalam game ada org yang kalah dan ada org yang menang..

so hidup kita ni ibarat mcm game gak laa,
game yang kita sendiri x leh nak ramalkan kemenangan ,kekalahan dan dugaan dalam game tersebut.....
game yang kita sendiri tidak tahu turun dan naik nye
jika kita cukup bersedia untuk game tersebut kemungkinan besar kita akan menang tapi janga lupa kita ada percentage akan kalah juga..sbb kita tidak tahu cabaran yang akan kita hadapi dalam game tersebut..adakah persediaan kita itu cukup utk kita hadapi cabaran yang bakal muncul
ada hari kita menang..dan ada hari kita kalah..
semua org suka pada kemenangan...
tapi smua org x suka pada kekalahan..
so adakah kita mampu terima kekalahan yang kita hadapi dalam game ini..

apabila kita menghadapi kemenangan..
kita mmg tersenyum gembira..rasa cam nak beritau satu dunia..
.tapi bila kita kalah kita akan diam..akan rasa dunia ni dah berakhir..
kuatkah kita utk menghadapi kekalahan dalam hidup ini??
apa strategi kita pabila kita kalah??
mcmana kita nak menang balik??
or kita nak stay kekalahan lagi..sampai bila2
or kita nak tgk org mentertawakan kita sbb kekalahan kita??
hehe..biasa laaa manusia..bila sesorg tu kalah..dia akan gelakkan kat org tu..
dia lupa bahawa dia juga akan menghadapi kekalahan..
cuma x tau masa,bila,keadaan dan bagaimana kekalahan itu...

jangan kita rasa selesa dan stabil dengan kemenangan yang kita hadapi skrg ni
jangan kita gelakkan org yang kalah dalam permainan hidup ini
jangan kita rasa kesal dan sedih dengan kekalahan yang kita hadapi..
jangan rasa terlambat untuk mengatur strategi baru utk mengecapi kemenangan dalam hidup ini..................................
masa masih ada untuk kita mengorak langkah mengecapi kemenangan...

ni je laa citer merepek aku kali ni..x tau kenapa aku rasa nak tulis..sbb aku rasa aku dalam kekalahan..tp aku x nak tunjuk kan yang aku ni kalah..so aku kena rebuild balik strategi aku utk menang..hehehe
hidup kena terus kan..mcmana pun....


good luck laa untuk semua..hahaha....






tgk org kurg upaya ni..walaupun dia kelihatan dalam keadaan kekalahan..tapi dia still berusaha utk mengecapi kemenangan..so mcmana pula kita yang sempurna ini,mampukah kita menerima kekalahan??

Sunday, February 10, 2008

si tempe


akum..wahh smlm aku dapat mkn tempe goreng...
benda favourite aku sejak dari skolah rendah lagi woo..
.kalau korg duduk overseas..
makanan malaysia adalah benda paling berharga dan bernilai gilaaaa...
sbb susah nak cari makanan msia kat overseas ni especially moscow ni..

aku order beberapa bungkus tempe dari kawan aku yg balik msia masa cuti musim winter aritu..
tq kepada si pembawa tempe..a.k.a shameera..(tempe girl)..hahaa...

walaupun aku ni bukan laa org Jawa..aku ni bugis+mamak.(sikit jee darah jawa nye) tapi aku mmg pengemar tempe yg sejati woo...sbb aku pure org johor..johorian beb..hidup johor...


..makanan favourite aku waktu sekolah agama dulu..- tempe goreng yang di cecah dengan sambal kicapp..wooooo..benda ni amat merbahaya.
.sbb skali cuba mmg nak lagi laa..mmg boleh jadi gaduh..sampai berperang-perang..
igt lagi..masa skolah agama dulu..waktu rehat berlari-lari ngan kawan2 ke kantin..just nak beli tempe goreng sambal kicap jee..sanggup potong line tu..just utk tempe goreng dowhh..

sbb bila tempe goreng + sambal kicap tu dah masuk ke dalam mulut..
nikmat dia x tercakap lagi...
utk pengemar tempe..
diaorg mesti tahu kehebatan tempe goreng sambal kicap.



satu lagi lauk yang jadi favourite ialah tempe goreng sambal yang di campurkan dengan ikan bilis goreng dalam sambal tu..wahhh benda ni pun leh jadi perang besar wooo..tapi aku lagi suka tempe goreng sambal kicap tu...perghhhh

korg belum try lagi..try laa dulu baru ko tahu kehebatan dia....kalau korg nak try..pergi johor k..tempat2 lain susah nak dapat makanan yang pure camni..nikmat makanan tempe goreng sambal kicap tu hanya ada di johor ataupun MUAR.....


ni laa tempe goreng bersama sambal kicap..kegemaran ku......tempe ooo tempe

Wednesday, February 6, 2008

si Rumput dengan Aku

haha aku ada terbaca pasal rumput menjadi ilham motivasi dia..buku yang di tulis oleh DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj dengan judul tajuk buku dia jangan main-main

pernah ke kita terfikir.. pasal rumput sebagai sumber motivasi kita..
kenapa dia kata rumput sebagai sumber motivasi harian kita....

1st rumput terletak kat bawah tempat dia..janganlaa kita berjalan selalu memandang langit jee tanpa melihat rumput di bawah..
so korg bila dah kaya or dah berjaya jgn berlagak,sombong and jgn lupa org di bawah
.sbb kebanyakan kejayaan korg adalah hasil pertolongan org bawahan juga..

2nd rumput ni ada tebiat dia..
kalau korg potong or racun dia camne pun dia tetap akan tumbuh juga..betul x?
ko wat laa camne pun dia akan tetap tumbuh..kalau ko simen pun,dia tetap tumbuh..
kat tepi2 simen tu..kalau korg perasan..betapa degil nye rumput ni..
betapa x nak mengalah nye rumput ni..dia tetap tumbuh..
cuba tgk sikap cam rumput ni..
org wat camne pun dia tetap lawan dan tumbuh tanpa kenal erti kekalahan,erti kegagalan,erti putus asa..dia masih ada semangat untuk hidup..
so jadilah degil dan tidak kenal erti putus asa seperti rumput

3rd rumput ni yg best nye lagi..
dia leh hidup kat mana2 tempat di dunia ni..
x kira laa cuaca dia sejuk ke,cuaca dia panas ke..
sama jee bentuk rumput kat muar dan rumput kat moscow.
sama jee rumput kat afrika dan rumput kat antartika..
antartika ada rumput ye??aku x pernah sampai lagi.
.tapi nak di senangkan citer ni..rumput ni leh hidup kat mana2 tempat kalau kita campak dia..so tiru laa perangai rumput..di mana dia leh hidup dalam apa jua keadaan dan kesusahan hidup..dia x kenal erti kepayahan.
sbb bagi si rumput ni..dia rasa camne keadaan pun dia kena teruskan hidup dia...
so faham sendiri laa

4th..cari sendiri laa ye kehebatan si rumput..

subhanaAllah
..
tq Allah kerana kau anugerahkan rumput untuk menstabilkan kan kitar oxygen kat alam ini
jgn kita sangka semua benda yg di cipta itu tidak berguna.
kadang2 kita tidak perasan..
benda yang sekecil zarah tu ada guna nye utk kehidupan kita.
.cuma kita jee x mengkaji je.
kita sibuk mengkaji benda yang jauh dan sedang kan benda yang dekat dengan kita ni..kita tidak pernah kaji..hehe(hinsh2..faham2 sendiri)

that all..tq Allah


mat rempit semakin menjadi-jadi..