Thursday, June 26, 2008

Masa yang singkat....



assalaumualaikum
26 june 2008 tarikh aku menamatkan zaman 5th year aku..
wahhh penat sungguh 5th year ni...
lebih penat dari tahun2 yang sebelum ni...
letih,stress,tension,pressure,gembira,frust,tekanan,
dan byk mengajar kesabaran dan ketabahan untuk aku harungi

5th year..tahun depan aku dah 6th year...
tinggal setahun je lagi.
.x sangka betul masa yg Allah beri kan kepada aku ni terlalu cepat berlalu..

dulu aku dtg ke bumi russia ni dengan 0 knowledge
x tau apa2 pun,x tau nak ckp bahasa rusia,
x tau nak beli brg,x pernah terfikir utk duduk di bumi russia ni..
skrg ni...tetapi dengan sekelip mata sahaja aku dah 5th year..

Dan dulu aku x pernah terfikir utk mengambil bidang perubatan ini.
.cita2 sebenar aku nak jadi seorang lawyer sejak dari kecil lagi..siap photostat buku law2 and membaca buku pasal lawyer dan undang2..gilaa sgt dulu pasal lawyer ni..tapi fikir2 balik,lawyer x sesuai ngan jiwa...aku amik lawyer pun sebab duit byk..
masa kecil2 pk pasal duit je cita2 ni..sbb aku dilahirkan dalam family yg x berapa mewah seperti kawan2 ku yang lain..aku memberhentikan hasratku menjadi seorang lawyer pun disebabkan oleh DSAI...x kan x kenal sapa dia ni..hehehe
selepas tu aku berfikir untuk menjadi seorang arkitek..seronok gakkk merancang dan melukis benda2 ni..tpp aku ada kelemahan..yang aku try baiki sampai skrg..iaitu 1st aku ni astigmatism
hehe..2nd aku mmg x reti lukis garis lurus walaupun guna pembaris..hehehe
selepas tu aku cuba melupakan hasrat dan cita2 ku utk menjadi seorang arkitek yang berjaya...
kemudian aku berfikir dan menanam azam aku yang kuat untuk menjadi seorang chemistry engineer.
.sbb aku rasa seronok bermain dengan chem..aku seronok tolong ayah aku bancuh chemical kat lab tempat kerja dia...hehe..aku punya kuat berazam nak jadi seorang chemistry engineer sampai aku interview chemistry engineer dan aku study gila2 utk subject kimia spm..
tapiii.....
result trail mara aku,mengubah cita aku 100%,aku dapat keputusan yang agak mengembirakan hati aku..dengan nasihat kaunselor2 aku..tq puan jamilah a.k.a cikgu mimi,ibu dan ayah aku,kawan2 mrsm aku...mereka mengalakan aku mengambil bidang perubatan di rusia..sebab time tu mara hanya menawarkan Russia je utk perubatan ke luar negara..hanya 4 org je dalam mrsm aku layak utk temuduga utk perubatan ke Russia..aku salah seorang yang bernasib baik..tapi yang layak ke Russia hanya 2 org sahaja.

sebenarnya..dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah..doctor adalah cita2 ku yang ke-2..tidak pernah aku memikirkan untuk menjadi seorang doctor.
.sebab masa kecil sehingga form5 aku berfikir kerjaya yang memberi kan pulangan yang amat lumayan,kurang penatnye dan releks sikit..
tetapi pk2 balik..aku tidak pernah pk pasal org sekeliling aku.
.aku seorang yg selfish..aku tidak pernah berfikir utk bangsa dan agama aku
.aku hanya pk utk kejayaan diri aku sahaja...aku mmg seorang selfish..

tapi bila aku dah decide utk amik bidang perubatan,aku rasa lega dan tenang..aku rasa insyaAllah aku leh bantu bangsa dan agama aku.
.aku x nak nama,aku x nak di sanjungi,aku cuma nak org2 di sekeliling aku sama2 berjaya bersama aku..sama2 gembira dan sama2 bahagia..
tapi tu laaa..kita memilih cita2 ni pun sometimes kena pk kenapa kita pilih...adakah untuk diri kita sahaja or untuk bantu orang lain sekali??semua cita2 boleh bantu bangsa dan agama kita kalau kena dengan cara nyaa...pk bebaik sebelum memilih k..all the best

..Alhamdulilah..Tq Allah
kerana tidak pernah penat memberi rezeki dan nikmat kepada hambaMu yang terlalu lupa.leka,khayal,dan hina ini....
Hurmm..tq Allah..tanpa pertolongan yang amat luar biasa dari Mu..aku tidak akan sampai ke sini ya Allah..
tq sebab memberi aku peluang untuk menghabiskan pengajian aku sampai ke tahun 5 di Russia..
InsyaAllah,aku memohon dariMu ya Allah agar Engkau memberi aku kudrat untuk mencapai dan mengecapi semua janji2 manisku kepada MU pencipta ku..janji2 yang kerap aku sebut dan lafaz kan selepas solat ya Allah..

tq Allah.....
Alhamdulillah


p/s;aku dah abis 5th year akhir nye...gembira x terkata....
good luck Russia malam ni..go go..all the best russian
fan russian football team..hehe.Russian Vs Spain

Saturday, May 31, 2008

adakah saya sudah berjaya?????



"orang yang berjaya tidak akan merasakan dirinya sudah berjaya selagi orang-orang di sekelilingnya tidak berjaya seperti dia..."-mr.identity..

seseorang orang yang cemerlang dan berjaya dia tidak akan merasa diri nya itu sudah berjaya jika dia melihat orang di sekeliling nya masih belum berjaya...sebab dia rasa kejayaan yang dia miliki bukan hanya kejayaan dengan hasil usaha dia seorang sahaja..tapi kejayaan tersebut adalah dengan bantuan org di sekeliling juga walaupun hanya sedikit bantuan yang di berikan...
adakah kita ni golongan yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja untuk berjaya??
adakah kejayaan kita ini sudah cukup untuk diri kita??
adakah kita suka tengok org di sekeliling kita jatuh dan gagal??
adakah kita ni selffish..??
adakah kita rasa kejayaan yang kita miliki sekarang ini adalah 100% usaha kita??
jika jawapannya YA....tahniah anda mmg sudah berjaya....
anda telah berjaya menjadi seorang yang SELFISH.....

"hidup ini bukan untuk diri sendiri sahaja tapi hidup ini untuk orang lain juga"

p/s=good luck exam summer ni utk semua....all the best..sekian terima kasih







Semangat Pawn
Jadilaa seperti pawn yang bersemangat mara ke hadapan,
Walaupun dia rasa dirinya kecil dan tiada kuasa sehebat queen
Walaupun dia paling tidak bernilai antara semua,
Walaupun dia paling mudah terkorban dalam perjalanannya kehadapan,
Tetapi dia tetap mara kehadapan tanpa menghirau sebarang halangan yang lebih besar darinya..
Sebab dia tahu pada akhir garisan penamatnya itu
Dia akan jadi satu kuasa yang terbesar antara semua catur...
Kuasa yang mampu "checkmate" pihak lawan....
-mr.identity-

Thursday, May 29, 2008

kenapa aku nak jadi doctor????



sebab cita2 ke??
sebab mak ayah suruh ke??
sebab dapat banyak duit ke??
sebab hidup mewah ke??
sebab senang dapat gf or bf ke??
sebab apa semua doctor cakap org percaya ke??
sebab rasa nak tolong orang ramai ke??
sebab di beri kepercayann 100% ke??
sebab nak bantu agama bangsa dan negara ke??
sebab rasa kesian kat org sakit ke??
sebab rasa dah xtau nak amik apa ke??
sebab rasa nak ikut org lain ke??
sebab rasa macam best jee jadi doctor ni??
sebab suka2 jee ke??
sebab nak rumah besar,kereta mewah ke??
sebab nak org sanjung ke??
sebab nak org hormati dan kenangi ke??
sebab ikut bf or gf amik doctor ke??
sebab masa kecil2 tgk dah tulis dalam buku kuning sekolah rendah tu nak jadi doctor ke??
sebab doctor ni mcm cool jee tgk ke??
sebab rasa mcm xnak kalah ngan org lain ke??
sebab masih x tau lagi kenapa amik doctor??

hehe...tp walaubagaimanapun aku tetap nak jadi doctor hanya aku ,diri aku dan pencipta aku sahaja tahu kenapa aku nak jadi doctor.........
"ya Allah,Engkau berilaa kekuatan dan kesihatan kepada hambamu yang hina ini untuk membantu menaikkan agama Mu...."

p/s:aku masih ingat mak aku ckp.."bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah"...
hehe
peace...faham2 laa k..good luck untuk semua yang mengambil bidang perubatan dan bidang2 yang lain.....
"Be the excellent among the excellent"

exammmm

At last, aku abis pun 5th year,berat and penat gak 5th year ni...
skrg baru aku leh tulis blog,.tetapiiii aku kena prepare utk exam so sama jee mcm rasa x cuti.......
wahhhhh exam lagi.rasa mcm nak menjerit
.hehe..dan x sabar nak balik malaysia...
aku balik on 28 june...x sabar nak mkn sate,mee rebus,laksa johor,ikan pari bakar or masak merah,tempe goreng my favourite,dan ayam percik....byk lagi sebenar nye bermain kat minda aku ni.....
hehe tp nnt bila dah balik msia,hanya minggu pertama je seronok makan,lepas tu dah malas....ni nama nye foodsick bukan homesick...hehehe

so sekarang ni,aku lepak kat bilik sambil prepare utk exam.EXAM.......exam lagi...
ko datang aku risau,
ko pergi aku risau,
ko x datang pun aku risau,
ko x abis pun aku risau,
camne pun aku tetap kena jumpa ko,,,
untuk menghilangkan rasa risau dalam diri aku ni
exam...exam..exammm

good luck examm..to all of you....
satu post blog yang ringkas dan bosan...hehe

Saturday, May 10, 2008

angan-angan,impian dan cita-cita

Impian,angan-angan,cita-cita dan kenyataan

keempat-empat benda ini semua manusia memiliki,biar laa org kata dia xde angan2.
  • lagi baik kita berangan daripada kita x berangan
  • lagi baik kita mengimpikan daripada kita tiada impian,
  • lagi baik kita bercita-cita daripada kita tiada cita-cita
dengan angan-angan jadilah impian,dan dengan impian laa jadi nya cita-cita
dan dengan cita-cita jadi nye kenyataan
dan dengan kenyataan kita jadi org yang terbaik untuk diri kita sendiri..
tapi jangan angan-angan mat jenin je..try capai kan angan-angan tu...
biarlaa angan-angan dan impian tinggi melangit,
supaya kita tahu di mana langit kita akan capai,
lagi tinggi langit impian kita lagi hebat usaha dan pendirian kita untuk mencapai
tapi jangan lupa tanah di bawah..sebab kita datang dari tanah..dan akan kembali ke tanah semula juga...

ringkasan angan-angan impian dan cita-cita hidupku ....

sebelum aku memasuki bidang perubatan ini,aku berangan untuk menolong semua org malaysia,aku berangan untuk sedarkan masyarakat msia,aku berangan untuk bantu bangsaku dan agama ku,aku berangan untuk buka medical centre yg berkonsep kemasyarakatan,dan banyak sungguh angan-anganku akhirnye aku di tawarkan sambung belajar ke russia.kini angan-angan ku menjadi impian ku....

selepas aku menjejak kaki ku di bumi moscow ni,aku tanam niat dan impian ku,aku mengimpikan untuk tubuhkan Russian Medical center,aku mengimpikan untuk cuba bawa balik ilmu russia ke malaysia,aku rasa russia ni hebat dalam ilmu perubatan,aku mengimpikan untuk jadikan masyarakat malaysia mcm masyarakat russia iaitu mesra medic,dan banyak impian-impian lain ku untuk bangsa agama dan negaraku,,tapi aku buntu dan x tau mcmana nak start dan macamana aku nak mula kan titik2 impianku menjadi cita-cita ini.

kemudian pada tahun ke-3 aku,aku bergiat cergas dengan PPIM,..aku masih buntu lagi,mcmana aku nak merealisasikan impianku jadi cita-citaku,siapakah yang aku ingin minta pertolongan ini??

pada tanggal 26.4.2008 aku berjaya jadikan impianku sebagai cita-citaku.sekarang aku dan nampak jelas lagi bersuluh....insyaAllah cita-citaku mungkin jadi kenyataan...
...kini adalah masa nya untuk aku merealisasikan cita-cita ku menjadi kenyataan..

hidup ini kita mesti mempunyai cita-cita yang banyak supaya hidup kita ini rasa sempurna dan kita rasa tidak sia-sia dengan kehidupan ini.

aku tidak mahu jadi selfish
aku tidak mahu berjaya sorang-sorang
aku tidak mahu melihat bangsa dan agama aku di tindas
aku tidak mahu melihat org memperlekehkan diriku
aku tidak mahu menjadi orang yang sia-sia dalam hidup ini
aku tidak mahu tinggalkan russia ini tanpa memberi manfaat kepada negara,agama dan bangsaku
aku tidak mahu jadi orang cepat mengaku kalah
aku tidak mahu orang pandang medic russia ni second class doctor
aku tidak mahu bangsa aku ketinggalan
aku tidak mahu rasa kerugian dan menyesal di hantar kerusia
aku tidak mahu menjadi seorang yang pasif dalam kehidupan ini
aku tidak mahu menjadi seorang yang tiada angan-angan,impian dan cita-cita

walaubagaimanapun keadaan aku adalah aku......yang tidak akan cepat putus asa untuk capai cita-cita ku..
terima kasih kepada Allah kerana beri aku tubuh yang kuat ini untuk membantu agama nya.
terima kasih kepada ibu dan ayah ku yang melahirkan aku
terima kasih kepada kawan-kawan yang berada di sekelilingku,yg kuat menyokong aku...
terima kasih semua....


Thursday, April 10, 2008

keranamu

assalamualaikum..dah lama betul x menulis ni...wah lately ni byk sgt politik yang aku involve
..PRU 12 malaysia,election ppim-rsc(moscow),kumosc election dan rmsa election....
time ni laa kita baru nampak betapa kotor nye politik ni..
tapi pada hakikatnye...
politik tu bersih tapi org yang berpolitik itu sungguh kotor...

keranamu politik...

1.kawan jadi musuh
2.nampak topeng2 manusia yang suka berpura-pura
3.kroni2 diutamakan dan orang2 lain di tindas
4.sahabat kutuk mengutuk dan bermasam muka
5.agama dan bangsa di permainkan
6.fitnah dan umpat mengumpat berleluasa
7.yang halal di haramkan dan yang haram dihalalkan
8.time tu baru dapat lihat siapa sebenar nye kawan dan siapa sebenarnya lawan
9.time tu gakk....mcm2 citer kuar..org baik pun boleh citer buruk org lain..ish2..nampak sgt...walaupun muka suci tapi hati x suci...hehe
10.time tu laaa mcm2 rule di keluarkan just utk naik kan kroni2 diaorg
11.time2 tu laaa...kita dapat tgk sapa yang boleh memimpin dan sapa yang boleh dipimpin...
12 time2 tu laa kita dapat tgk..byk sgt janji2 manis.... yang cuba di taburkan..tapi bila dah abis politik jee..janji2 tu di lupakan
13.org bermasam muka..x nak bertegur sapa...
14.ramai yang kipas belakang,ramai yang sapu bontot dan ramai yang sayy yess boss
15.tgk kematangan manusia dan rasionalnye manusia ni di nilaikan
16.kita dapat lihat org ni di sukai or org ni di benci oleh org ramai
17.org kata rasuah berleluasa bukan hanya politik wang,tapi mcm2 rasuah ada skrg ni...minda kita pun boleh di rasuah..hehe
18.org rasa takut nak join politik,takut nak beri suara,dan takut nak tulis blogspot.com
19.orang dapat menilai dengan akal fikiran,siapa baik dan siapa buruk..
20.orang yang pendiam menjadi orang yang sungguh2 peramah dengan orang lain...hehe jumpa semua org jee tersenyum mcm kerang busuk....tgk dinding pun boleh senyum....

hehe keranamu laa politik....Malaysia,PPIM,KUMOSC and RMSA dapat pemimpin pilihan rakyat....
tq politik kerana byk menyumbang jasa kepada semua org......
soo apalagi..bersihkanlah politik tu...jgn biar dia kotor selama-lama nye....
sekian terima kasih...

best gak video ni...

Monday, March 24, 2008

kenangan IMAM RSC(moscow) 2006-2008



hehe....assalamualaikum....
berakhir sudah..IMAM-RSC(moscow) ku
segala kenangan suka duka..pahit manis,gelak tawa,gaduh2 dalam mesyuarat,sindir menyindir dalam mesyuarat..
segala penat lelah untuk naik kan persatuan ni..
hehe..rasa sedih gak laa..rasa mcm dah nak tinggal kan RSMU..
padahal next year je abis..
rasa semua kenangan tu masih baru lagi...kenangan summercamp
kenangan sunathon..rasa masih fresh kat minda ni....
wah susah payah program tu terasa lagi....
igt lagi...hehe masa mula2 persatuan ni nak ditubuhkan org pandang sebelah mata jee
masa persatuan ni nak wujud..org kata persatuan ni persatuan agama islam
masa persatuan ni ada..org kata x lamaa nyee..sbb dia x havoc mcm persatuan UMNO..
yelaa makanan pun x hebat seperti persatuan UMNO...
yelah kita x kuat mcm persatuan UMNO...
susah masa nak naik..org x nak dtg laa..pulau kan laa....


SUMMER CAMP 2006

hehe igt lagi masa nak buat summercampp..semuaorg x yakin ngan kita..nak minta tolong ngan org bukan senang..nak ajak org dtg bukan senang..nak wat org msia percaya kita leh handle bukan senang...
tapi bila dah berjaya..baru org tgkk persatuan ni...dan time tu juga laa persatuan IMAM RSC ditubuhkan...
tq pok nik and abg bob..kerana sudi bantu kitaorg utk summercamp tu....
time tu rasa cam semu ni adik beradik jee..time tu laa kita dapat satu kan semua IMAM dalam russia dan ukraine....



sunathon 2007

link blog spot dia.....


lepas tu...next year nye..aku sambut cabaran dr.latif nak wat sunathon msia..anually sunathon..aku nak handle..pada mula nye pengerusi aku sendiri x percaya yg kita leh handle benda tu..aku yakin kan dia..yakin dan yakinkan lagi..aku minta dia percaya kat aku..bukan senang nak buat time tuu..nak kumpulkan org utk join and nak kumpulkan org utk tolong aku wat sunathon tuu...susah.....hampir2 give up..sampai nak wat persatuan sendiri utk wat sunathon tu je...hehe
tapi at last...pengerusi setuju gak utk wat sunathon 2007 anjuran ppimrsc (moscow)...dengan kerjasamaIKHLAS..aku mmg nak wat sunathon tu yang terhebat dan terbaik antara semua sunathon yg pernah di anjur kan oleh ppim lain..at last dgn bantuan IKHLAS..aku berjaya wat yang sunathon yg terbaik antara semua sunathon sampai semua org suruh kita buat kali ke-2..siap request2..hospital muar request aku wat sunathon kat muar..tp aku kata nnt dulu..aku nak bantu IMAM-RSC ni..wahh rindu nyee....tq IKHLAS kerana sudi bantu kitaorg.....



dan x lupa juga aku igt ucapkan tq kepada semua kawan2 ku yg setia dan juga merupakan org kuat dalam kedua-dua program ni... bantu aku utk menjayakan kedua-dua program ni..
di antara nye ialah
  1. khairil idham ismail (pengerusi IMAM-RSC)
  2. mazni baharom yang selalu jadi setiausaha program
  3. alina hasni yang selalu beri idea2 yang bernas dan creative
  4. dini tumaisuri yang selalu menyokong dan membantu
  5. layla tumaisuri adik kepada dini tumaisuri yang kerap membantu dan memberi idea utk kedua-dua program ni
  6. ilinatasha binti jamil a.k.a tasha
  7. mohd afiq bin mohd nor A.k.a awe
  8. ainul
  9. nabil azmi
  10. lupa lakk.. cik amnah yusof dari kulai johor..
  11. ammar pun x di lupa kan a.k.a bayu
  12. kak sarah pun x di lupa kan gakk

dan kawan2 aku yang lain gakkkkk seperti
ziana
kak fir
izni
aiman abu samah
sikin ahmad
didi
cik din
bedah dari m1 pun x dilupakan..hehe
dan ajk2 yang lain....terima kasih kerana sudi membantu aku dalam menjayakan program2 ni dengan sejaya-jaya nye..

terima kasih kepada tuhan yang menciptakan diri ku ini..tanpa keredha dan bantuan dari DIA YANG MAHA KUASA...aku tidak akan dapat menjayakan kesemua
program aku dengan jaya..


AGM 2008

hehe pada 23.3.2008 itu merupakan tarik keramat...hehe time tu kitaorg meletak kan jawatan secara rasmi nye..hehe..tapi yg x best nye masa kita nak wat agm tu..masa estimate berapa org dtg tu..ada je mulut berbunyi..ni PPIM kot..makanan x grand mcm AGM UMNO..tapi tgkkkkk.. at last..lebih ramai dari UMNO punya makan2...jgn di sangka...aku pantang di cabar...(petikan dari salah sorg pemimpin..nama di rahsiakan)
sambutan agak mengalak kannn sgt masa AGM tersebut...sampai semua exco tidak dibenarkan makan sbb nak kasi org lain makan...hehe
makanan best..tq kepada tukang masak dia..nadiah..hehe
and sbb ada kuiz gak..org dtg..hehe..tp x sangka laa....seramai tu..so kesimpulan dia...jgn UNDERESTIMATE PPIM k.. saya pantang dicabar!!!!!!
hehehehe
masa aku umumkan nama2 exco baru tu(sebab aku ketua SPR time tu)
..rasa sebak nak tinggalkan semua kenangan tersebut...
aku doakn utk new exco PPIM ni dapat buat lagi baik dan hebat dari kitaorg..
GUD LUCK exco baru....




end of IMAM-RSC(moscow) 2006-2008
aku rasa semua ajk IMAM-RSC(moscow)2006-2008 seperti adik beradik aku yg aku x dpt lupakan..sbb kat situ aku dapat kenal smua perangai manusia dengan lebih jelas..kalau kat skolah dulu x nampak sgt perangaii dalam persatuan..tp bila kat uni ni baru aku kenal perangai sorg2..
hehe..aku igt lagi...hehe ada org kata aku ni gila kuasa..sebab mcm

mengalahkan pengerusi persatuan lak..padahal aku cuma exco academic je..hahhaa
xtau laa..sbb aku rasa seronok sgt dengan ppim ni..sampai aku lupa diri aku ni hanya exco academic je..hehe
aku x kisah apa org nak kata..aku nak PPIM ni bangun dan org pandang..
aku nak bukti kan bahawa..Islam ni kat mana2 boleh membangun...
aku nak bukti kan jangan pandang rendah pada kehebatan islam....

tq IMAM-RSC(moscow) 2006-2008 kerana mengajar dan meninggalkan aku byk kenangan yang tidak dapat aku perolehi di mana-mana aku berada.....
aku rasa seperti kehilangan ahli keluarga..hehe..xpe22..setiap yg ada akan hilang..dunia ni hanya pinjaman semata-mata..hehe camne suka pun..aku kena terima.....hehee


"benda yang paling mahal dalam dunia ni ialah kenangan....kerana dia tidak dapat dibeli oleh semuaorg..."


tq sekali lagii....

wasalam....

Saturday, March 15, 2008

PRU 2-IMAM russian (moscow)

masih belum terlambat untuk hantar calon


assalamualaikum..(pembetulan dan pemberitahuan semula)arini merupakan ari terakhir untuk pencalonan bakal exco2 majlis tertinggi ppim 2008-2010.masih belum terlambat lagi untuk mengambil borang dari zharif (zharif_6023) dan mazni baharom (loyallotus2000).masih belum terlambat lagi..masa tamat menghantar borang adalah pukul 12 malam 15.3.2008..iaitu arini..marilah sama-sama kita menghantar calon-calon kita untuk bertanding dalam PRU-2 IMAM-RSC(moscow)..ayuh jangan buang masa lagi..ambil dan hantar borang sebelum terlambat...wasalam

p/s:diri ini tengah sibuk untuk pilihan raya imam-russian.. dan exam ent...x sempat nak update blog..rindu gila nak tulis blog niiii