Saturday, May 10, 2008

angan-angan,impian dan cita-cita

Impian,angan-angan,cita-cita dan kenyataan

keempat-empat benda ini semua manusia memiliki,biar laa org kata dia xde angan2.
  • lagi baik kita berangan daripada kita x berangan
  • lagi baik kita mengimpikan daripada kita tiada impian,
  • lagi baik kita bercita-cita daripada kita tiada cita-cita
dengan angan-angan jadilah impian,dan dengan impian laa jadi nya cita-cita
dan dengan cita-cita jadi nye kenyataan
dan dengan kenyataan kita jadi org yang terbaik untuk diri kita sendiri..
tapi jangan angan-angan mat jenin je..try capai kan angan-angan tu...
biarlaa angan-angan dan impian tinggi melangit,
supaya kita tahu di mana langit kita akan capai,
lagi tinggi langit impian kita lagi hebat usaha dan pendirian kita untuk mencapai
tapi jangan lupa tanah di bawah..sebab kita datang dari tanah..dan akan kembali ke tanah semula juga...

ringkasan angan-angan impian dan cita-cita hidupku ....

sebelum aku memasuki bidang perubatan ini,aku berangan untuk menolong semua org malaysia,aku berangan untuk sedarkan masyarakat msia,aku berangan untuk bantu bangsaku dan agama ku,aku berangan untuk buka medical centre yg berkonsep kemasyarakatan,dan banyak sungguh angan-anganku akhirnye aku di tawarkan sambung belajar ke russia.kini angan-angan ku menjadi impian ku....

selepas aku menjejak kaki ku di bumi moscow ni,aku tanam niat dan impian ku,aku mengimpikan untuk tubuhkan Russian Medical center,aku mengimpikan untuk cuba bawa balik ilmu russia ke malaysia,aku rasa russia ni hebat dalam ilmu perubatan,aku mengimpikan untuk jadikan masyarakat malaysia mcm masyarakat russia iaitu mesra medic,dan banyak impian-impian lain ku untuk bangsa agama dan negaraku,,tapi aku buntu dan x tau mcmana nak start dan macamana aku nak mula kan titik2 impianku menjadi cita-cita ini.

kemudian pada tahun ke-3 aku,aku bergiat cergas dengan PPIM,..aku masih buntu lagi,mcmana aku nak merealisasikan impianku jadi cita-citaku,siapakah yang aku ingin minta pertolongan ini??

pada tanggal 26.4.2008 aku berjaya jadikan impianku sebagai cita-citaku.sekarang aku dan nampak jelas lagi bersuluh....insyaAllah cita-citaku mungkin jadi kenyataan...
...kini adalah masa nya untuk aku merealisasikan cita-cita ku menjadi kenyataan..

hidup ini kita mesti mempunyai cita-cita yang banyak supaya hidup kita ini rasa sempurna dan kita rasa tidak sia-sia dengan kehidupan ini.

aku tidak mahu jadi selfish
aku tidak mahu berjaya sorang-sorang
aku tidak mahu melihat bangsa dan agama aku di tindas
aku tidak mahu melihat org memperlekehkan diriku
aku tidak mahu menjadi orang yang sia-sia dalam hidup ini
aku tidak mahu tinggalkan russia ini tanpa memberi manfaat kepada negara,agama dan bangsaku
aku tidak mahu jadi orang cepat mengaku kalah
aku tidak mahu orang pandang medic russia ni second class doctor
aku tidak mahu bangsa aku ketinggalan
aku tidak mahu rasa kerugian dan menyesal di hantar kerusia
aku tidak mahu menjadi seorang yang pasif dalam kehidupan ini
aku tidak mahu menjadi seorang yang tiada angan-angan,impian dan cita-cita

walaubagaimanapun keadaan aku adalah aku......yang tidak akan cepat putus asa untuk capai cita-cita ku..
terima kasih kepada Allah kerana beri aku tubuh yang kuat ini untuk membantu agama nya.
terima kasih kepada ibu dan ayah ku yang melahirkan aku
terima kasih kepada kawan-kawan yang berada di sekelilingku,yg kuat menyokong aku...
terima kasih semua....


No comments: