Friday, September 26, 2008

bangau oh bangau

siapa salah???

hehe kita jgn cepat salahkan org lain sebelum salahkan diri sendiri k...
setiap yang berlaku kat diri kita,sebenarnya..kita yang create..bukan orang lain yang create benda tu...
so 1st place,salah kan diri sendiri..cari kat mana salah kita..bukan terus salahkan org lain...
tapi kalau kita x jumpa gak salah diri kita..tanya org terdekat apa salah kita..kalau x jumpa gakk...
maksudnyee anda seorg yg x suka mengaku salah....
sbb sesuatu yang berlaku ada sebabnya...
mcm lagu bangau oh bangau...suka salah kan org lain sebelum salahkan diri sendiri..

hurmmm..tp jgn terlalu kerap salah kan diri sendiri,,,
so bila dah tahu diri sendiri salah..perbetulkan apa yang salah tu...jangan ulangi lagi...

hehe
benda2 ni semua basic of life aku rasa...sbb dari sekolah rendah cikgu selalu ckp...jgn ulangi kesilapan yang sama..hehehe

p/s:jgn jadi bangau k...




best ke jadi doctor????



apa yang best dan x best jadi doctor????
yang best nyee ialah
1. dapat duit byklaa jadi doctor ni....
2.orang pandang jadi doctor ni
3.apa yang doctor ckp semuaorg percaya...
4.doctor jadi tempat penyelesai masalah
5.dapat tolong orang yang amat memerlukan pertolongan kita
6.ramai nak jadi kan anak angkat laa,abg angkat laa,kakak angkat laa
7.dapat tgk org nangis dan merayu minta tolong
8.akan ada perasaan mcm diri ni kebal dengan penyakit
9.org berpandangan tinggi kat kita sgt2
10.dijadikan ketua dalam masyarakat setempat
11.nak kawin senang je..cakap je keje doctor..mak ayah tanpa fikir panjang terus kata setuju jee...
12.kalau doctor jual direct selling mesti cepat laku
13.pergi mana2 semuaorg kenal..
14.x payah belajar sampai 10 tahun utk pakai gelaran doctor kat depan...belajar 6 thn jee dah dapat..
15.masyarakat selalu doa kan kebaikan dan kesihatan utk kita supaya dapat rawat dia

yang x best jadi doctor ialah:
1.takut jadi berlagak laa pulak
2.org lain keje 8 jam sehari kita keja 36 jam sehari
3.kalau x berjaya selamat kan patient..kita kena maki ngan keluarga mereka....
4.terpaksa korbankan masa dengan family and anak2
5.malam2 org tdo nyenyak kita terpaksa tdo dengan patient kat spital...
6.org lain cuti g jalan2 or melancong..kita cuti kat spital..
7.org lain balik kampung hari raya..or pegi raya or cuti raya..kita raya kat spital
8.hurmm kalau jadi ketua masyarakat,takut x dapat laksanakan dengan betul2
9.terlalu ramai sgt org menangis dan mengharap kat kita,kita sebagai manusia biasa yang punya perasaan dan hati as manusia biasa..so kadang2 tersentuh juga dengan masalah diaorg..so tambah lagi masalah dalam jiwa kita
10.doctor sedih nak jumpa sapa ye???
11.terlalu byk beri janji2 manis dan harapan,takut harapan dan janji2 tu x dapat di capai...
12..tahan ke kena torture dan marah dari bos dalam keadaan kita tgh penat
13.kalau x berjaya rawat patient or patient mati..kita akan rasa bersalah yang teramat sgt2
14.sanggup ke bergelumang dengan najis.penyakit,benda2 yang org lain rasa geli juga
15.kalau kita kena posting kat tempat2 jin bertendang atau tempat yg org x nak pegiii



hurmmm..tapi apa2 pun alasan bila kita dah decide utk pilih sesuatu untuk masa depan kita,kita kena terima baik dan buruk dia..jadikan benda yang buruk tu sebagai motivasi diri kita,bukan sebagai alat utk demotivate diri kita..jadikan yang buruk tu positive
sbb tu org kata berfikir dulu sebelum memilih dan bertindak..sbb bila kita dah memilih dan bertindak kita terpaksa menerima seadaannye yang buruk dan baik nyee...

bila dah jadi doctor..kita kena igt yang hidup kita ini utk masyarakat,hidup kita untuk bantu masyarakat kita...hurm may be kita jadi doctor sebab duit tapi betulkan niat sebelum terlambat..bila niat kita nak jadi doctor sbb utk bantu org sakit..kita akan rasa seronok jadi doctor...
jgn jadi doctor sebab duit
jadilaa doctor sebab tanggungjawab
kalau x kita yang pikul tanggungjawab tu..
sapa lagi nak pikul...
dan jangan berlagak bila dah jadi doctor...
x kemana kalau berlagak jadi doctor..sbb kita akan kembali ke tanah juga semua nyee

good luck utk semua bakal doctor dan bakal student yang nak amik bidang perubatan
betulkan niat sebelum amik bidang perubatan
kalau dimulakan dengan niat yang salah...xkan dapat rasa manisnya MEDIC tu...
kalau x caya,leh cuba....


Thursday, June 26, 2008

Masa yang singkat....



assalaumualaikum
26 june 2008 tarikh aku menamatkan zaman 5th year aku..
wahhh penat sungguh 5th year ni...
lebih penat dari tahun2 yang sebelum ni...
letih,stress,tension,pressure,gembira,frust,tekanan,
dan byk mengajar kesabaran dan ketabahan untuk aku harungi

5th year..tahun depan aku dah 6th year...
tinggal setahun je lagi.
.x sangka betul masa yg Allah beri kan kepada aku ni terlalu cepat berlalu..

dulu aku dtg ke bumi russia ni dengan 0 knowledge
x tau apa2 pun,x tau nak ckp bahasa rusia,
x tau nak beli brg,x pernah terfikir utk duduk di bumi russia ni..
skrg ni...tetapi dengan sekelip mata sahaja aku dah 5th year..

Dan dulu aku x pernah terfikir utk mengambil bidang perubatan ini.
.cita2 sebenar aku nak jadi seorang lawyer sejak dari kecil lagi..siap photostat buku law2 and membaca buku pasal lawyer dan undang2..gilaa sgt dulu pasal lawyer ni..tapi fikir2 balik,lawyer x sesuai ngan jiwa...aku amik lawyer pun sebab duit byk..
masa kecil2 pk pasal duit je cita2 ni..sbb aku dilahirkan dalam family yg x berapa mewah seperti kawan2 ku yang lain..aku memberhentikan hasratku menjadi seorang lawyer pun disebabkan oleh DSAI...x kan x kenal sapa dia ni..hehehe
selepas tu aku berfikir untuk menjadi seorang arkitek..seronok gakkk merancang dan melukis benda2 ni..tpp aku ada kelemahan..yang aku try baiki sampai skrg..iaitu 1st aku ni astigmatism
hehe..2nd aku mmg x reti lukis garis lurus walaupun guna pembaris..hehehe
selepas tu aku cuba melupakan hasrat dan cita2 ku utk menjadi seorang arkitek yang berjaya...
kemudian aku berfikir dan menanam azam aku yang kuat untuk menjadi seorang chemistry engineer.
.sbb aku rasa seronok bermain dengan chem..aku seronok tolong ayah aku bancuh chemical kat lab tempat kerja dia...hehe..aku punya kuat berazam nak jadi seorang chemistry engineer sampai aku interview chemistry engineer dan aku study gila2 utk subject kimia spm..
tapiii.....
result trail mara aku,mengubah cita aku 100%,aku dapat keputusan yang agak mengembirakan hati aku..dengan nasihat kaunselor2 aku..tq puan jamilah a.k.a cikgu mimi,ibu dan ayah aku,kawan2 mrsm aku...mereka mengalakan aku mengambil bidang perubatan di rusia..sebab time tu mara hanya menawarkan Russia je utk perubatan ke luar negara..hanya 4 org je dalam mrsm aku layak utk temuduga utk perubatan ke Russia..aku salah seorang yang bernasib baik..tapi yang layak ke Russia hanya 2 org sahaja.

sebenarnya..dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah..doctor adalah cita2 ku yang ke-2..tidak pernah aku memikirkan untuk menjadi seorang doctor.
.sebab masa kecil sehingga form5 aku berfikir kerjaya yang memberi kan pulangan yang amat lumayan,kurang penatnye dan releks sikit..
tetapi pk2 balik..aku tidak pernah pk pasal org sekeliling aku.
.aku seorang yg selfish..aku tidak pernah berfikir utk bangsa dan agama aku
.aku hanya pk utk kejayaan diri aku sahaja...aku mmg seorang selfish..

tapi bila aku dah decide utk amik bidang perubatan,aku rasa lega dan tenang..aku rasa insyaAllah aku leh bantu bangsa dan agama aku.
.aku x nak nama,aku x nak di sanjungi,aku cuma nak org2 di sekeliling aku sama2 berjaya bersama aku..sama2 gembira dan sama2 bahagia..
tapi tu laaa..kita memilih cita2 ni pun sometimes kena pk kenapa kita pilih...adakah untuk diri kita sahaja or untuk bantu orang lain sekali??semua cita2 boleh bantu bangsa dan agama kita kalau kena dengan cara nyaa...pk bebaik sebelum memilih k..all the best

..Alhamdulilah..Tq Allah
kerana tidak pernah penat memberi rezeki dan nikmat kepada hambaMu yang terlalu lupa.leka,khayal,dan hina ini....
Hurmm..tq Allah..tanpa pertolongan yang amat luar biasa dari Mu..aku tidak akan sampai ke sini ya Allah..
tq sebab memberi aku peluang untuk menghabiskan pengajian aku sampai ke tahun 5 di Russia..
InsyaAllah,aku memohon dariMu ya Allah agar Engkau memberi aku kudrat untuk mencapai dan mengecapi semua janji2 manisku kepada MU pencipta ku..janji2 yang kerap aku sebut dan lafaz kan selepas solat ya Allah..

tq Allah.....
Alhamdulillah


p/s;aku dah abis 5th year akhir nye...gembira x terkata....
good luck Russia malam ni..go go..all the best russian
fan russian football team..hehe.Russian Vs Spain

Saturday, May 31, 2008

adakah saya sudah berjaya?????



"orang yang berjaya tidak akan merasakan dirinya sudah berjaya selagi orang-orang di sekelilingnya tidak berjaya seperti dia..."-mr.identity..

seseorang orang yang cemerlang dan berjaya dia tidak akan merasa diri nya itu sudah berjaya jika dia melihat orang di sekeliling nya masih belum berjaya...sebab dia rasa kejayaan yang dia miliki bukan hanya kejayaan dengan hasil usaha dia seorang sahaja..tapi kejayaan tersebut adalah dengan bantuan org di sekeliling juga walaupun hanya sedikit bantuan yang di berikan...
adakah kita ni golongan yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja untuk berjaya??
adakah kejayaan kita ini sudah cukup untuk diri kita??
adakah kita suka tengok org di sekeliling kita jatuh dan gagal??
adakah kita ni selffish..??
adakah kita rasa kejayaan yang kita miliki sekarang ini adalah 100% usaha kita??
jika jawapannya YA....tahniah anda mmg sudah berjaya....
anda telah berjaya menjadi seorang yang SELFISH.....

"hidup ini bukan untuk diri sendiri sahaja tapi hidup ini untuk orang lain juga"

p/s=good luck exam summer ni utk semua....all the best..sekian terima kasih







Semangat Pawn
Jadilaa seperti pawn yang bersemangat mara ke hadapan,
Walaupun dia rasa dirinya kecil dan tiada kuasa sehebat queen
Walaupun dia paling tidak bernilai antara semua,
Walaupun dia paling mudah terkorban dalam perjalanannya kehadapan,
Tetapi dia tetap mara kehadapan tanpa menghirau sebarang halangan yang lebih besar darinya..
Sebab dia tahu pada akhir garisan penamatnya itu
Dia akan jadi satu kuasa yang terbesar antara semua catur...
Kuasa yang mampu "checkmate" pihak lawan....
-mr.identity-

Thursday, May 29, 2008

kenapa aku nak jadi doctor????



sebab cita2 ke??
sebab mak ayah suruh ke??
sebab dapat banyak duit ke??
sebab hidup mewah ke??
sebab senang dapat gf or bf ke??
sebab apa semua doctor cakap org percaya ke??
sebab rasa nak tolong orang ramai ke??
sebab di beri kepercayann 100% ke??
sebab nak bantu agama bangsa dan negara ke??
sebab rasa kesian kat org sakit ke??
sebab rasa dah xtau nak amik apa ke??
sebab rasa nak ikut org lain ke??
sebab rasa macam best jee jadi doctor ni??
sebab suka2 jee ke??
sebab nak rumah besar,kereta mewah ke??
sebab nak org sanjung ke??
sebab nak org hormati dan kenangi ke??
sebab ikut bf or gf amik doctor ke??
sebab masa kecil2 tgk dah tulis dalam buku kuning sekolah rendah tu nak jadi doctor ke??
sebab doctor ni mcm cool jee tgk ke??
sebab rasa mcm xnak kalah ngan org lain ke??
sebab masih x tau lagi kenapa amik doctor??

hehe...tp walaubagaimanapun aku tetap nak jadi doctor hanya aku ,diri aku dan pencipta aku sahaja tahu kenapa aku nak jadi doctor.........
"ya Allah,Engkau berilaa kekuatan dan kesihatan kepada hambamu yang hina ini untuk membantu menaikkan agama Mu...."

p/s:aku masih ingat mak aku ckp.."bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah"...
hehe
peace...faham2 laa k..good luck untuk semua yang mengambil bidang perubatan dan bidang2 yang lain.....
"Be the excellent among the excellent"

exammmm

At last, aku abis pun 5th year,berat and penat gak 5th year ni...
skrg baru aku leh tulis blog,.tetapiiii aku kena prepare utk exam so sama jee mcm rasa x cuti.......
wahhhhh exam lagi.rasa mcm nak menjerit
.hehe..dan x sabar nak balik malaysia...
aku balik on 28 june...x sabar nak mkn sate,mee rebus,laksa johor,ikan pari bakar or masak merah,tempe goreng my favourite,dan ayam percik....byk lagi sebenar nye bermain kat minda aku ni.....
hehe tp nnt bila dah balik msia,hanya minggu pertama je seronok makan,lepas tu dah malas....ni nama nye foodsick bukan homesick...hehehe

so sekarang ni,aku lepak kat bilik sambil prepare utk exam.EXAM.......exam lagi...
ko datang aku risau,
ko pergi aku risau,
ko x datang pun aku risau,
ko x abis pun aku risau,
camne pun aku tetap kena jumpa ko,,,
untuk menghilangkan rasa risau dalam diri aku ni
exam...exam..exammm

good luck examm..to all of you....
satu post blog yang ringkas dan bosan...hehe

Saturday, May 10, 2008

angan-angan,impian dan cita-cita

Impian,angan-angan,cita-cita dan kenyataan

keempat-empat benda ini semua manusia memiliki,biar laa org kata dia xde angan2.
  • lagi baik kita berangan daripada kita x berangan
  • lagi baik kita mengimpikan daripada kita tiada impian,
  • lagi baik kita bercita-cita daripada kita tiada cita-cita
dengan angan-angan jadilah impian,dan dengan impian laa jadi nya cita-cita
dan dengan cita-cita jadi nye kenyataan
dan dengan kenyataan kita jadi org yang terbaik untuk diri kita sendiri..
tapi jangan angan-angan mat jenin je..try capai kan angan-angan tu...
biarlaa angan-angan dan impian tinggi melangit,
supaya kita tahu di mana langit kita akan capai,
lagi tinggi langit impian kita lagi hebat usaha dan pendirian kita untuk mencapai
tapi jangan lupa tanah di bawah..sebab kita datang dari tanah..dan akan kembali ke tanah semula juga...

ringkasan angan-angan impian dan cita-cita hidupku ....

sebelum aku memasuki bidang perubatan ini,aku berangan untuk menolong semua org malaysia,aku berangan untuk sedarkan masyarakat msia,aku berangan untuk bantu bangsaku dan agama ku,aku berangan untuk buka medical centre yg berkonsep kemasyarakatan,dan banyak sungguh angan-anganku akhirnye aku di tawarkan sambung belajar ke russia.kini angan-angan ku menjadi impian ku....

selepas aku menjejak kaki ku di bumi moscow ni,aku tanam niat dan impian ku,aku mengimpikan untuk tubuhkan Russian Medical center,aku mengimpikan untuk cuba bawa balik ilmu russia ke malaysia,aku rasa russia ni hebat dalam ilmu perubatan,aku mengimpikan untuk jadikan masyarakat malaysia mcm masyarakat russia iaitu mesra medic,dan banyak impian-impian lain ku untuk bangsa agama dan negaraku,,tapi aku buntu dan x tau mcmana nak start dan macamana aku nak mula kan titik2 impianku menjadi cita-cita ini.

kemudian pada tahun ke-3 aku,aku bergiat cergas dengan PPIM,..aku masih buntu lagi,mcmana aku nak merealisasikan impianku jadi cita-citaku,siapakah yang aku ingin minta pertolongan ini??

pada tanggal 26.4.2008 aku berjaya jadikan impianku sebagai cita-citaku.sekarang aku dan nampak jelas lagi bersuluh....insyaAllah cita-citaku mungkin jadi kenyataan...
...kini adalah masa nya untuk aku merealisasikan cita-cita ku menjadi kenyataan..

hidup ini kita mesti mempunyai cita-cita yang banyak supaya hidup kita ini rasa sempurna dan kita rasa tidak sia-sia dengan kehidupan ini.

aku tidak mahu jadi selfish
aku tidak mahu berjaya sorang-sorang
aku tidak mahu melihat bangsa dan agama aku di tindas
aku tidak mahu melihat org memperlekehkan diriku
aku tidak mahu menjadi orang yang sia-sia dalam hidup ini
aku tidak mahu tinggalkan russia ini tanpa memberi manfaat kepada negara,agama dan bangsaku
aku tidak mahu jadi orang cepat mengaku kalah
aku tidak mahu orang pandang medic russia ni second class doctor
aku tidak mahu bangsa aku ketinggalan
aku tidak mahu rasa kerugian dan menyesal di hantar kerusia
aku tidak mahu menjadi seorang yang pasif dalam kehidupan ini
aku tidak mahu menjadi seorang yang tiada angan-angan,impian dan cita-cita

walaubagaimanapun keadaan aku adalah aku......yang tidak akan cepat putus asa untuk capai cita-cita ku..
terima kasih kepada Allah kerana beri aku tubuh yang kuat ini untuk membantu agama nya.
terima kasih kepada ibu dan ayah ku yang melahirkan aku
terima kasih kepada kawan-kawan yang berada di sekelilingku,yg kuat menyokong aku...
terima kasih semua....


Thursday, April 10, 2008

keranamu

assalamualaikum..dah lama betul x menulis ni...wah lately ni byk sgt politik yang aku involve
..PRU 12 malaysia,election ppim-rsc(moscow),kumosc election dan rmsa election....
time ni laa kita baru nampak betapa kotor nye politik ni..
tapi pada hakikatnye...
politik tu bersih tapi org yang berpolitik itu sungguh kotor...

keranamu politik...

1.kawan jadi musuh
2.nampak topeng2 manusia yang suka berpura-pura
3.kroni2 diutamakan dan orang2 lain di tindas
4.sahabat kutuk mengutuk dan bermasam muka
5.agama dan bangsa di permainkan
6.fitnah dan umpat mengumpat berleluasa
7.yang halal di haramkan dan yang haram dihalalkan
8.time tu baru dapat lihat siapa sebenar nye kawan dan siapa sebenarnya lawan
9.time tu gakk....mcm2 citer kuar..org baik pun boleh citer buruk org lain..ish2..nampak sgt...walaupun muka suci tapi hati x suci...hehe
10.time tu laaa mcm2 rule di keluarkan just utk naik kan kroni2 diaorg
11.time2 tu laaa...kita dapat tgk sapa yang boleh memimpin dan sapa yang boleh dipimpin...
12 time2 tu laa kita dapat tgk..byk sgt janji2 manis.... yang cuba di taburkan..tapi bila dah abis politik jee..janji2 tu di lupakan
13.org bermasam muka..x nak bertegur sapa...
14.ramai yang kipas belakang,ramai yang sapu bontot dan ramai yang sayy yess boss
15.tgk kematangan manusia dan rasionalnye manusia ni di nilaikan
16.kita dapat lihat org ni di sukai or org ni di benci oleh org ramai
17.org kata rasuah berleluasa bukan hanya politik wang,tapi mcm2 rasuah ada skrg ni...minda kita pun boleh di rasuah..hehe
18.org rasa takut nak join politik,takut nak beri suara,dan takut nak tulis blogspot.com
19.orang dapat menilai dengan akal fikiran,siapa baik dan siapa buruk..
20.orang yang pendiam menjadi orang yang sungguh2 peramah dengan orang lain...hehe jumpa semua org jee tersenyum mcm kerang busuk....tgk dinding pun boleh senyum....

hehe keranamu laa politik....Malaysia,PPIM,KUMOSC and RMSA dapat pemimpin pilihan rakyat....
tq politik kerana byk menyumbang jasa kepada semua org......
soo apalagi..bersihkanlah politik tu...jgn biar dia kotor selama-lama nye....
sekian terima kasih...

best gak video ni...