Wednesday, February 6, 2008

si Rumput dengan Aku

haha aku ada terbaca pasal rumput menjadi ilham motivasi dia..buku yang di tulis oleh DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj dengan judul tajuk buku dia jangan main-main

pernah ke kita terfikir.. pasal rumput sebagai sumber motivasi kita..
kenapa dia kata rumput sebagai sumber motivasi harian kita....

1st rumput terletak kat bawah tempat dia..janganlaa kita berjalan selalu memandang langit jee tanpa melihat rumput di bawah..
so korg bila dah kaya or dah berjaya jgn berlagak,sombong and jgn lupa org di bawah
.sbb kebanyakan kejayaan korg adalah hasil pertolongan org bawahan juga..

2nd rumput ni ada tebiat dia..
kalau korg potong or racun dia camne pun dia tetap akan tumbuh juga..betul x?
ko wat laa camne pun dia akan tetap tumbuh..kalau ko simen pun,dia tetap tumbuh..
kat tepi2 simen tu..kalau korg perasan..betapa degil nye rumput ni..
betapa x nak mengalah nye rumput ni..dia tetap tumbuh..
cuba tgk sikap cam rumput ni..
org wat camne pun dia tetap lawan dan tumbuh tanpa kenal erti kekalahan,erti kegagalan,erti putus asa..dia masih ada semangat untuk hidup..
so jadilah degil dan tidak kenal erti putus asa seperti rumput

3rd rumput ni yg best nye lagi..
dia leh hidup kat mana2 tempat di dunia ni..
x kira laa cuaca dia sejuk ke,cuaca dia panas ke..
sama jee bentuk rumput kat muar dan rumput kat moscow.
sama jee rumput kat afrika dan rumput kat antartika..
antartika ada rumput ye??aku x pernah sampai lagi.
.tapi nak di senangkan citer ni..rumput ni leh hidup kat mana2 tempat kalau kita campak dia..so tiru laa perangai rumput..di mana dia leh hidup dalam apa jua keadaan dan kesusahan hidup..dia x kenal erti kepayahan.
sbb bagi si rumput ni..dia rasa camne keadaan pun dia kena teruskan hidup dia...
so faham sendiri laa

4th..cari sendiri laa ye kehebatan si rumput..

subhanaAllah
..
tq Allah kerana kau anugerahkan rumput untuk menstabilkan kan kitar oxygen kat alam ini
jgn kita sangka semua benda yg di cipta itu tidak berguna.
kadang2 kita tidak perasan..
benda yang sekecil zarah tu ada guna nye utk kehidupan kita.
.cuma kita jee x mengkaji je.
kita sibuk mengkaji benda yang jauh dan sedang kan benda yang dekat dengan kita ni..kita tidak pernah kaji..hehe(hinsh2..faham2 sendiri)

that all..tq Allah


mat rempit semakin menjadi-jadi..

No comments: