Friday, October 9, 2009

Permulaan Hidupku

6.10.2009
aku di panggil untuk berinduksi di genting view resort di genting..
selama seminggu dari 6.10-11.10.2009..
aku start berkhidmat dengan kerajaan...
hidup aku baru hendak bermula
6 tahun aku tunggu dan...
skrg ni no more MARA elaun..
no more university life
no more jalan2 and suka ria sgt
hidup aku sebagai seorang doctor kerajaan baru bermula
org kata doctor ni bidang yang susah dan busy sgt
aku belum start kerja so aku x tau lagi
seram sejuk nak kerja dah rasa ni..
tapi x tau camne nak explainkan perasaan takut..
tapi the best part gaji aku dah start jalan..
member2 aku yang dah jadi doctor wish kat aku..welcome to hell...
hehee..tp xpe
maybe ni jalan yang aku pilih..so aku x leh nak patah balik..
aku kena teruskan apa yang aku dah pilih..
"jalan kena sentiasa ke hadapan,jangan ke belakang"

7.10.2009

Alhamdullilah ya Allah...
arini aku dapat tahu yang aku akan mula bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah,Muar..
org yang paling gembira adalah kedua ibu bapa ku..
aku rasa gembira juga kerana aku dapat menjaga kedua ibu bapa ku..
ibu dan ayah aku boleh jaga aku selama 24 tahun.xkan aku xleh jaga diaorg..
aku doakan kepada illahi yang aku dapat menjaga mereka berdua sehingga akhir hayat dia..
harap2 melebihi 24 tahun yang telah mereka korbankan untuk membesarkan aku yang amat jahat ni..
ya Allah..bantulaa aku untuk menjaga kedua ibu bapa ku..sabarkanlaa aku,
jadikanlah aku anak yang soleh..
ibu dan ayah arini sekali lagi aku hadiahkan hadiah kedua aku kepada ibu bapa ku iaitu kerja sebagai seorang doctor di hospital muar..
hadiah pertama telah ku beri ketika aku lulus ijazah perubatan..aku terus call kedua ibu bapa ku sambil menangis..
Aku rasa itu merupakan hadiah yang paling bermakna dari anaknye yang jahat ni iaitu segulung ijazah..

12.10.2009
pada tarikh ini aku akan start bertugas di hospital Muar..
aku harap Allah membantu dan mempermudahkan tugas-tugasan aku...
Ya Allah..jika tanpa izin Mu..aku tidak akan jadi seorang doctor Muslim
Ya Allah..jika tanpa izin Mu..aku tidak akan dapat menyembuhkan hamba2 Mu yang lain
Ya Allah..jika tanpa izin Mu..aku tidak akan dapat membantu agama Mu..
Ya Allah..jika tanpa izin Mu..aku tidak akan dapat khudrat untuk menjaga kesihatan hamba2 Mu yang lain
Ya Allah...jadikan aku doctor Muslim sepertimana yang dikehendaki oleh Mu dan agama Mu..

good luck untuk student2 doctor yang lain dan HO2 yang lain..
All the best,
May Allah bless u..

Thursday, November 27, 2008

Friday, October 31, 2008

si kerak nasi..


Hati perempuan sekeras kerak nasi...
betul ke???
mungkin betul...
susah gak nak buang kerak nasi tu terus kalau dah melekat kat periuk tu
tapi x bermakna kerak nasi tu x boleh di buang kan??
boleh je kan...
so kena ada usahalaa sikit untuk membuang kerak nasi tu..
..lama2 dia akan lembut juga kalau kita rendam dengan air..
just kena tunggu lama laa...
lagi hitam kerak nasi tu
lagi keras kerak nasi tu..
lagi susah nak di tanggalkan..
lagi lama laa kita kena tunggu untuk buang...
.....
tapi berapa lama kita sanggup tunggu kerak nasi tu lembut???
tunggu sampai dia betul lembut2 ke?
seminggu,sebulan,setahun,or selama-lamanye
hurmm
tapi kalau kita betul2 nak kerak nasi tu lembut..
kita kena sabar menunggu
jgn cepat give up utk menunggu kerak nasi tu lembut..
iAllah satu hari nnt kerak nasi tu akan lembut juga..
sabar menunggu dia lembut..
jgn cepat x sabar...
jgn terlalu gopoh untuk membuang kerak nasi tu
takut kerak nasi tu mencacatkan periuk nasi tersebut
kalau kita terlalu gopoh utk buang kerak nasi tu..
nak ke..periuk nasi kita ada kesan calar2???
walaupun kerak nasi tu x kan menjadi selembut nasi yg asal
tp sekurang-kurangnya dia lembut..
lembut utk kita buang dari periuk nasi tu...

hehe


P/s=
utk kerak nasi yang berkenaan sila faham2 ye..
pencuci periuk ni masih sabar menunggu kerak nasi tu lembut...

Thursday, October 23, 2008

RMT Cardiology

RMT Cardiology

RMT Cardiology department will launch soon.....
wait for it....

i will anounce it later......
many info,many activity....
we will see it....
come join us

Wednesday, October 15, 2008

Untukmu




Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku.

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...



si sibuk

adakah aku sudah balas jasa ibu aku???
adakah ibu meminta balasan dari apa yang ibu lakukan??
apa yang ibu ingin dari kita???
ibu hanya harap anak dia berjaya dan bahagia sahaja..

tetapi si anakk...
hurmm

ibu selalu berada di sisi kita bila kita sakit...
tapi kita tidak pernah berada di sisi Ibu bila ibu sakit..

Ibu tidak pernah mengeluh untuk membesarkan kita.....
tapi kita selalu jee mengeluh utk membantu Ibu...

ibu tidak pernah lupa tentang kita walaupun sesaat
tapi kita tidak pernah mengingat kan ibu walaupun sesaat.

Ibu selalu berada di sisi kita bila kita susah hati...
tapi kita tidak pernah berada di sisi ibu ketika ibu susah hati....

Ibu tidak pernah kata busy atau sibuk untuk membesarkan kita
tapi kita selalu kata busy laa..sibuk laaa untuk ibu..

Ibu selalu menjaga perasaan kita..xnak kita sedih..xnak kita susah hati..
tapi kita ni tidak pernah jaga perasaan dia..selalu buat dia sedih...

Ibu selalu risau pasal kita..risau kita dah makan ke belum..sihat ke x...
tapi kita tidak pernah fikir pasal Ibu..tidak pernah pk ibu dah makan ke belum.. or ibu sihat ke x....

hurmmm

bila dah belajar jauh2..
kita makin jauh dari ibu...
kita jarang sms ibu...call lagi jarang..
kita selalu cakap sibuk kat ibu...
kita selalu beri alasan utk elakan diri dari ibu...

bila dah keje...
kita makin sibuk...ibu kita lupakan...
kita selalu cakap..abg sibuk ni...akak sibuk ni....
tapi ibu akan jawab..ibu minta maaf nak..ibu x tau...
berapa banyak kita bagi kepada ibu sebulan???cukupkah??

bila dah kawin...
kita makin lupakan ibu..gaji 1st kita kasi ibu ke??or kasi isteri kita??
ibu dah merasa ke gaji kita??apa yang kita dah beri kepada ibu???
air mata?duit?kasih sayang or derhaka??

hurmm...bagus sgt kah kita???
sibuk sgt kah kita??siapa lagi penting dari ibu dan ayah???
dah cukupkah jasa ibu kita balas???

ibu boleh jaga kita 23 tahun,21 tahun,22 tahun,
berapa lama kita boleh jaga ibu???bolehkah kita jaga dia 23 tahun juga mcmana dia jaga kita,setahun pun kita belum jamin lagi dapat jaga ibu..silap2 kita tidak dapat jaga ibu kita langsung.....

dahlaaaa....wahai anak yang terlalu sibuk...
x yah ckp pasal ibu kalau x tau kenal ibu sendiri..

jgn sampai nnt kita x sempat nak tgk ibu kita lagi
jgn sampai nnt ibu x sempat nak panggil nama kita
jgn sampai nnt ibu x sempat nak usapkan kepala kita
time tu laa baru nak panggil ibu..time tu laa baru nak igt jasa ibu..
time tu laa baru nak menangis
x pyh laaa ye...
x pyh minta maaf la or menangis mcm kita ni seorang anak yang baik
sudah laa ye..



hayatilaa short film ni...jadilaa seperti mereka ye..contoh yang terbaik

lock

who will lock ur heart???

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita
berjumpa
dengan orang yang salah sebelum
menemui insan
yang betul supaya apabila kita
akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu
bagaimana untuk
bersyukur dengan nikmat pemberian dan
hikmah
di sebalik pemberian tersebut. Apabila
salah satu
pintu kebahagiaan tertutup, yang lain
akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang
pintu yang
telah tertutup itu terlalu lama
hinggakan kita tidak
nampak pintu yang telahpun dibukakan
untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang
yang
anda boleh duduk di dalam buaian dan
berbuai
bersama tanpa berkata apa-apa pun dan
kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa
itulah
perbualan yang paling hebat yang pernah
dialami.Memang benar yang kita tidak
akan tahu
apa yang telah kita punyai sehinggalah
kita
kehilangannya dan juga benar bahawa
kita tidak
tahu apa yang kita rindukan
sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda
bukanlah
satu kepastian yang mereka akan
menyintai anda
kembali!

"to love is to place ur happiness to the happiness of ur life"


Thursday, October 9, 2008

x yah tulis laaa


jangan tulis laaa.......org kata jangan tulis..jangan tulis laa...degil betul...

jgn tulis kalau x tau nak menulis
jgn tulis kalau x tau nak mengarang
jgn tulis kalau x patut di tulis
jgn tulis kalau x yakin dengan apa yang di tulis
jgn tulis kalau x pasti
jgn tulis kalau x berani nak tulis
jgn tulis kalau takut di kutuk
jgn tulis kalau diri x layak nak menulis
jgn tulis kalau hanya tahu mengkritik apa yang org lain tulis
jgn tulis kalau takut nak hadapi risiko
jgn tulis kalau xde idea nak tulis
jgn tulis kalau malu nak tulis
jgn tulis kalau xde bakat nak tulis

tulislaa apa yang kita suka..pedulikan apa org lain nak kata...tulisan kita
,milik kita,hak kita.

"freedom to write what we want.."