wait for it....
i will anounce it later......
many info,many activity....
we will see it....
come join us
| Search in the Hadith |
| www.SearchTruth.com |
Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku.
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita
berjumpa
dengan orang yang salah sebelum
menemui insan
yang betul supaya apabila kita
akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu
bagaimana untuk
bersyukur dengan nikmat pemberian dan
hikmah
di sebalik pemberian tersebut. Apabila
salah satu
pintu kebahagiaan tertutup, yang lain
akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang
pintu yang
telah tertutup itu terlalu lama
hinggakan kita tidak
nampak pintu yang telahpun dibukakan
untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang
yang
anda boleh duduk di dalam buaian dan
berbuai
bersama tanpa berkata apa-apa pun dan
kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa
itulah
perbualan yang paling hebat yang pernah
dialami.Memang benar yang kita tidak
akan tahu
apa yang telah kita punyai sehinggalah
kita
kehilangannya dan juga benar bahawa
kita tidak
tahu apa yang kita rindukan
sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda
bukanlah
satu kepastian yang mereka akan
menyintai anda
kembali!