Wednesday, June 10, 2015
saya dah berpindah
sekarang dah berkahwin...blog pun ubah..coretan dan kenangan baru...
blog2 baru ku:
http://zhariffadzilah1.blogspot.com/
http://zharifinfertility.blogspot.com/
http://zharifgynae.blogspot.com/
Friday, August 9, 2013
Syawal datang lagi
sedih ramadhan dah menghilang..
x cukup lagi amalan aku lakukan..
adoii sedih..x cukup tahjud yang aku lakukan..
x cukup lagi taubat aku..
byk lagi dosa aku
tahun ni kami beraya di muar johor..
tahun lepas pun beraya di muar
raya pertama tahun ni ada mak ayah
raya pertama tahun lepas mak ayah pergi umrah
raya kedua aku dah kena oncall balik pastu baru cuti balikk
raya kedua ni pulak byk patient yang datang.
hehe tapi semua yang datang luar dari segamat..
diaorg balik kampung
arini je total delivery dah 8 orang..satu je vacuum delivery
Alhamdulilah baby ok
so mungkin semua baby ini nama aidil atau fitri
eheh
Tuesday, August 6, 2013
FB
bila aku tgk balik Fb aku yg dah lama x buka.
terasa diri ini hina sangat denganMu Ya Allah..
aku abaikan masa muda ku dengan benda2 maksiat
benda2 yang sia2
Fb mmg melalaikan aku
bila tgk semua msg2 aku yang dahulu aku rasa diri ini tidak layak untuk hidup menjadi
hambaMu..
aku terasa terlalu hina..lebih hina dari seorang hamba
Allhamdulilah Engkau selamat kan aku..
Engkau berikan aku seorang isteri
seorang isteri yang memahami aku..
seorang isteri yang terima aku seadanya
seorang isteri yang selamatkan aku dari azab api neraka..
seorang isteri yang setia di sisi aku
seorang isteri yang amat menyayangi aku..
NoorFadzilah bte Sukhaimi.terima kasih kerana menjadi heroin dalam hidupku
I Love U so much sayang
bulan ramadhan ni juga kita bertemu..
walaupun kita tiada zuriat lagi..
tapi saya amat menyayangi awk sangat
cheese kek awk buat tu sedap..
tq Allah for u precious gift
Friday, August 5, 2011
Allah, Kenapa Aku Dalam Neraka?
Allah, Kenapa Aku Dalam Neraka?
Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?
Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.
(Tiba-tiba)
Tangannya terangkat dan berkata, "Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku."
Kakinya tiba-tiba bersuara,'aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.'
Mulutnya tiba-tiba menyanggah, 'ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber'chit chat' dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?
Telinga yang hanya mendengar dari tadi turut tidak melepaskan peluang.'Hey hey, nanti dulu. Kau jangan lupa, telinga kau ni, kau gunakan untuk apa? Ingat tidak pada suatu ketika dahulu, kau menggunakannya untuk mendengar lembut suara si dia yang bukan muhrim mu? Apa kau sudah lupa ketika nafsu kau sudah menewaskan akal dan Iman mu, kau asyik dalam kecintaan kau pada dia yang tidak halal bagimu? Apa kau ingat semua ini bukan dosa? Mana perginya tazkirah yang kau beri dahulu kepada teman-temanmu? Apa yang kau ingatkan mereka? Sudah lupa? Kau mengatakan La Takrabu Zina. Punya kau bersemangat memberi ceramah mengenai bahaya pujuk rayu Syaitan, tetapi mengapa kau yang tertewas dengan pujuk rayu si Durjana tu?
Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, "itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.
Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?
Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama - sama dengan kami," kata si iblis dan kaumnya.
Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astarfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akanSurah Yassin ayat 65 :
"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan."
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.
Tuesday, July 19, 2011
umrahku taubatku
Tuesday, June 21, 2011
Tuesday, June 14, 2011
Housemanship....
Housemanship(internship)